Tuesday, September 1, 2009
Raikkonen tawan GP Belgium

Hamilton, Button malang terbabit dalam kemalangan pada awal perlumbaan
SPA-FRANCORCHAMPS (Belgium): Kimi Raikkonen menjuarai Grand Prix Belgium untuk mencatat kemenangan sulung Ferrari pada musim Formula Satu (F1) tahun ini dalam perlumbaan yang menyaksikan pendahulu, Jesson Button, terbabas di awal pusingan.
Pemandu veteran dari Itali, Giancarlo Fisichella yang mencatat rekod untuk pasukan Force India apabila meraih petak depan, tercicir 0.9 saat di tempat kedua, bagi memberi mata pertama untuk pasukannya selepas 30 perlumbaan.
Sementara itu, pelumba Red Bull, Sebastian Vettel menidakkan usaha BMW untuk bangkit sebelum mengundur diri daripada F1 pada akhir musim ini, apabila meraih tempat ketiga hasil kebijaksanaan pasukannya ketika di hentian pit menjelang akhir perlumbaan.
"Memang ini menjadi tahun yang sukar buat kami. Kami melakukan rombakan besar di Barcelona tetapi tidak cukup dan kemenangan hari ini - suatu yang agak lama selepas gelaran juara saya sebelum ini.
“Tumpuan kini adalah memastikan saya menang satu perlumbaan dan kekal ketiga dalam senarai pengeluar. Kami masih belum pantas tetapi berjaya memastikan yang lain di belakang,” kata Raikkonen, juara 2007 dan kemenangan keempatnya di Spa sejak lima tahun.
“Sebenarnya kami lebih pantas daripada Kimi dan saya agak sedih. Kami sebenarnya mempunyai strategi hampir sama. Namun saya tetap gembira kerana meraih tempat kedua walaupun sebenarnya kami mampu menang perlumbaan ini,” kata Fisichella.
Kegagalan Button untuk mengutip mata buat pertama kali pada musim ini menyaksikan pemandu Brawn itu memiliki 16 mata di depan rakan sepasukannya dari Brazil, Rubens Barrichello yang mengutip dua mata semalam.
Insiden berlaku di selekoh lima di awal perlumbaan apabila juara bertahan, Lewis Hamilton yang memandu Mercedes, melanggar Button yang berpusing di atas litar. Kejadian itu juga menyaksikan pemandu baru, Romain Grosjean (Renault) dan Jaime Alguersuari (Toro Rosso), terpaksa melupakan perlumbaan itu.
Keputusan Grand Prix Belgium
1. Kimi Raikkonen (FIn/ Ferrari); 2 Giancarlo Fisichella (Ita/ Force India); 3 Sebastian Vettel (Ger/Red Bull); 4 Robert Kubica (Pol/BMW Sauber); 5 Nick Heidfeld (Ger/BMW Sauber)

Monday, August 24, 2009
Barrichello raih trofi Formula Satu ke-10

Kemenangan pertama sejak lima tahun
VALENCIA: Pemandu veteran dari Brazil, Rubens Barrichello memenangi perlumbaan Formula Satu ke-10 dalam kariernya semalam apabila memacu kereta Brawn GP melalui perlumbaan hampir sempurna untuk menjuarai Grand Prix Eropah.
Ia kemenangan pertamanya musim ini dan kejayaan pertamanya dalam tempoh lima tahun sejak kali terakhir menjuarai Grand Prix China di Shanghai pada 2004 bersama Ferrari.
Kemenangan Barrichello itu melonjakkan dirinya daripada kedudukan tangga keempat ke tangga kedua dalam senarai kejuaraan pemandu dunia.
Pemandu Britain, Jenson Button, rakan sepasukannya di Brawn, masih mendahului kejuaraan dengan 72 mata, di depan pemandu Brazil itu yang memperoleh 54 mata manakala pemandu Australia, Mark Webber di tangga ketiga dengan 51.5 mata.
Barrichello, pemandu berusia 37 tahun dari Sao Paulo, menerbitkan salah satu pemanduan terbaiknya tatkala dia menamatkan perlumbaan di depan juara bertahan dari McLaren, Lewis Hamilton yang bermula di petak depan dan pemandu Finland dari Ferrari, Kimi Raikkonen di atas litar jalanan di timur Sepanyol.
Hamilton yang bermula di petak utama menyaksikan harapannya mengutip kemenangan terkubur akibat kesilapan pada hentian pit kedua apabila pasukannya, McLaren tidak bersiap sedia untuk pertukaran tayarnya.
Seorang lagi pemandu Finland, rakan sepasukan Hamilton di McLaren, Heikki Kovalainen, menduduki tempat keempat di depan pemandu Jerman, Nico Rosberg dari Williams dan juara dunia dua kali, Fernando Alonso (Renault).
Button pula menamatkan saingan di tangga ketujuh bagi memperbaiki kedudukannya dalam saingan kejuaraan pemandu dunia, manakala pemandu Poland dari BMW Sauber, Robert Kubica berakhir di tempat kelapan untuk mengutip satu mata berharga.

Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan al Mubaraq

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari....suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Subscribe to:
Posts (Atom)