Friday, July 31, 2009

Hidup Perlukan 5 Perkara


5 Perkara Yang Kita Mahukan

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

Untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

Sabda Nabi SAW من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية sampaikanlah daripada Nabi Muhammad (SAW) itu walaupun satu ayat

Monday, July 27, 2009

Hamilton julang McLaren di Litar Hungaroring



Kemenangan pertama buat juara bertahan F1 musim ini

BUDAPEST: Lewis Hamilton yang memandu jentera McLaren memenangi Grand Prix Hungary semalam dan menjadi kemenangan pertama buat juara bertahan Formula Satu (F1) itu pada musim ini.

Kemenangan ini membolehkan Hamilton menamatkan kemarau podium sejak 11 perlumbaan pada musim 2009.

Pelumba Britain berusia 24 tahun itu, bermula dari petak keempat dan bijak mencuri peluang serta memandu tanpa kesilapan untuk merangkul gelaran pertamanya musim ini dan ke-10 buat dirinya.

"Ia perasaan yang hebat selepas tercicir buat sekian lama. Saya begitu bangga terhadap pasukan yang tidak pernah putus asa. Kami tidak jangka untuk menang tetapi kereta begitu hebat. Memang perasaan yang amat hebat apabila dapat kembali menang," katanya.

Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen, meraih tempat kedua dengan Mark Webber dari pasukan Red Bull mengisi tempat ketiga, membolehkannya berada di tempat kedua dalam senarai kutipan mata keseluruhan.

Sementara itu, rakan sepasukan Webber, Sebastian Vettel terpaksa menarik diri daripada perlumbaan selepas mengalami masalah enjin.

Fernando Alonso yang bermula dari petak depan semalam, turut terpaksa meninggalkan litar selepas salah satu daripada tayar depannya tercabut.

Pelumba Britain, Jenson Button yang memandu jentera Brawn GP, sekadar mampu mencatat tempat ketujuh dan kini hanya dipisahkan dengan 18.5 mata daripada Webber dalam senarai kejuaraan 2009.

Perlumbaan ini dibayangi berita ketiadaan Felipe Massa dari pasukan Ferrari selepas pelumba itu terpaksa diberikan ubat pelali di hospital kerana mengalami keretakan di kepala selepas jenteranya melanggar tembok tayar sewaktu sesi kelayakan.







Monday, July 20, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri
di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Hikmah Israk Mikraj

Gambar ini adalah batu yg dikatakan ingin mengikut Rasullah S.A.W dalam peristiwa isra' & mikraj.. tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dan sejak itu batu itu terus terapung sehingga kini.....Masyallah...


Peristiwa perjalanan Rasulullah gambaran kepentingan solat, pengajaran setiap musibah


KENANGAN penuh hikmah atas jalan dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kekal menjadi inspirasi bagi umatnya hingga ke akhir zaman. Setiap mukmin akan sentiasa gigih berusaha menggali peninggalan Rasulullah SAW kerana tuntutan hatinya yang sentiasa mekar mengasihi Nabi SAW.

Maka dibentangkan kertas kajian mengenai sirah, kitab hadis sahih dan ketinggian ilmu al-Quran untuk dijadikan pegangan kehidupan. Proses penambahan ilmu itu akhirnya membuahkan keintiman jiwa kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Tidaklah cukup seseorang mengutamakan membaca selawat saja dan tidak berminat dengan pencarian sumber maklumat, data dan fakta ilmu untuk mendapatkan gambaran terang mengenai keperibadian serta perjuangan Rasulullah SAW.

Cinta berputik kerana mengenali yang dicintai, memahami keperibadiannya dan menyelami pengorbanannya. Kita cuba menangis ketika membaca keperitan Rasulullah SAW memikul amanah dakwah, tetapi tidak mampu menitikkan air mata kerana tidak menyertai usaha dakwah Baginda.



Kita tidak memiliki cukup ilmu untuk memberi hujah kepada hati mengenai makna keperitan itu. Sesungguhnya seseorang memerlukan fakta, data, ilmu, penghayatan dan amal salih untuk menterjemahkan cintanya kepada Rasulullah SAW.

Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri.

Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah.

Menilai semula hubungan dengan Allah.

Pendakwah bertugas membekalkan iman kepada masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya mesti memiliki bekal yang cukup untuk dirinya sendiri. Seorang doktor bertugas mengubat penyakit masyarakat diharapkan memiliki jasad sihat dan mental positif sebelum terjun ke medan berat.

Melalui perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sesungguhnya ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini.

Umar bin al-Khattab pernah mengirimkan arahan kepada panglima perangnya, Saad bin Abi Waqqash dalam peperangan al-Qadisiyah, katanya: "Wahai Saad, takutlah kamu kepada Allah dengan urusan solat pasukanmu. Kerana sesungguhnya bukanlah kekalahan yang aku khuatirkan melainkan hanya apabila kalian meninggalkan solat, kekalahan akan terjadi apabila solat ditinggalkan. Jika kalian meninggalkan solat maka akan cenderunglah zina, riba, khamar, ingkar kepada Allah dan akhirnya terkeluar daripada agama."

Jika Umar, Saad dan sahabat yang berada di al-Qadisiyah begitu prihatin dengan ibadat solat mereka, mengapa pula kita yang daif, lemah lagi hina dibandingkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda risau dengan ibadah solat kita?

Ketika memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, sememangnya ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dalam menjalankan ibadat solat kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis.

Dengan ilmu mengenai solat maka jalan mengenal Allah sudah kita fahami dan seterusnya hubungan ini akan sentiasa erat dan akrab. Akhirnya, ujian apapun yang menghadang di setiap simpang jalan dakwah tidak dirasai terlalu berat kerana hati sentiasa menikmati kemanisan berdekatan dengan Allah.



Allah mengganti musibah dengan anugerah bagi sesiapa yang reda.

Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW adalah musafir terbaik pernah dialami Baginda. Ia ibarat hadiah bernilai yang bermatlamatkan menghapus kesedihan demi kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah.

Bukan hanya itu, tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif kepada Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah menjadi ujian terhebat yang menumpahkan darah Nabi SAW sehingga kasut Baginda dibasahi darah.

Kemudian berlanjutan ujian dan musibah ke atas diri Rasulullah SAW seperti dilaporkan Imam Al-Bukhari dalam hadisnya: "Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, pernahkah engkau melalui suatu hari yang lebih dahsyat daripada peperangan Uhud? Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yang pernah aku alami dan yang paling dahsyat ialah ketika di al-'Aqabah iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn Abdu Yalail bin Abdu Kallal. Dia tidak menyahut ajakanku dan aku beredar dengan penuh kesedihan.

Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn Al-Tha'alib. Kemudian aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku melihat segumpal awan menaungiku. Aku perhatikan lagi, tiba-tiba aku melihat Jibril dan dia menyeruku: Sesungguhnya Allah mendengar kata-kata kaummu dan tindak balas mereka ke atasmu.

Allah mengarahkan malaikat bukit supaya engkau suruh dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku dan memberi salam kepadaku seraya berkata: Wahai Muhammad, apa yang kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhsyabain (dua bukit di Makkah) nescaya aku lakukan. Nabi SAW bersabda: Sedangkan aku mengharap supaya Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang yang akan menyembah Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu."

Daripada peristiwa ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap ujian yang Allah bebankan kepada kita pasti akan diganti dengan penghormatan serta kemuliaan. Hanya saja kita tidak tahu bilakah kenikmatan itu akan diberi, apakah di syurga atau di dunia.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 214)

Bebaskan Palestin, bumi umat yang bertakwa.

Ketika Israk, Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman. Hal ini jelas ditegaskan dalam surah Al-Israk.

Mengapa Allah hanya menyebut kisah perjalanan Rasulullah dalam satu ayat saja dan selebihnya kisah kejahatan bani Israil? Jelas mesej dibawa surah ini, bahawa hanya umat beriman kepada Allah, al-Quran dan Rasulullah SAW, berbuat kebaikan di muka bumi saja berhak memimpin manusia. Tidak kira suku, bangsa dan bahasanya, kerana kemuliaan manusia terletak pada takwanya.

INTI PATI

# Peristiwa Israk Mikraj perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu serta kepentingannya kepada setiap umat.

# Perjalanan dalam Israk Mikraj menghapus kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah serta tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif.

# Dalam Israk Mikraj Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman.

Penulis ialah Mufti Perlis

Tuesday, July 14, 2009

Webber kecewakan Vettel

Tiga pelumba Jerman gigit jari di Litar Nuerburgring

NURBURGRING (Jerman): Mark Webber memastikan kejayaan sulung dalam Formula Satu (F1) yang juga kejayaan pertama kali buat Australia sejak 1981 apabila dia mendahului rakan sepasukan Sebastian Vettel menerusi kejayaan satu-dua buat pasukan Red Bull pada Grand Prix Jerman, semalam.

Webber yang bersaing pada perlumbaan ke-130 dalam F1 selepas lapan tahun terbabit dalam perlumbaan itu, bermula dari petak pertama buat pertama kali dan mengatasi hukuman penalti melalui laluan pit pada pusingan pertama selepas perlanggaran untuk meraih kemenangan bergaya di litar pergunungan Eifel.

Pemandu berusia 32 tahun dari Queanbeyan dekat New South Wales, menang 9.3 saat di depan Vettel ketika dia mencipta kejayaan yang menyebabkan pemburuan gelaran dunia terbuka luas.

"Ia hari amat menakjubkan untuk saya. Saya amat mahukan kemenangan di sini," kata Webber, pemandu pertama Australia untuk mengecapi kemenangan sejak Alan Jones di Las Vegas 28 tahun lalu.

"Ia amat penting bagi saya untuk menang kerana tidak ramai pemandu Australia yang layak ke F1 dan hanya segelintir yang berjaya."

Dua pemandu Red Bull itu menamatkan saingan sesaat di depan pemandu Ferrari, Felipe Massa dari Brazil, yang meraih podium pertama, musim ini manakala pemandu Jerman, Nico Rosberg keempat bersama Williams.

Pendahulu kutipan mata kejuaraan dunia dari Britain, Jenson Button dari Brawn GP bergelut untuk menamatkan kedudukan di tangga kelima di depan rakan sepasukan dari Brazil, Rubens Barrichello. Pasangan Brawn itu berjaya mengatasi asakan juara dunia dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso dari Renault.

Juara bertahan dari Britain, Lewis Hamilton menamatkan saingan di tangga ke-18 yang juga terakhir selepas serangan hebat pada permulaan saingan yang menyaksikan dia terbabit dalam kemalangan dengan Webber dan tayar pancit.

Webber melanggar jentera Barrichello ketika memecut dari petak permulaan ke selekoh pertama, pelanggaran yang menyebabkan dia dihukum melalui hentian pit tetapi dia mengatasinya dengan gaya pemanduan hebat untuk kemenangan pertamanya.