Saturday, June 27, 2009

Monday, June 22, 2009

Red Bull catat kemenangan 1-2


Vettel dan Webber jauh tinggal pendahulu kejuaraan, Button tempat ke-6

SILVERSTONE: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel memimpin pasukan Red Bull mencatat kemenangan 1-2 dalam saingan Grand Prix Britain, semalam ketika pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Jenson Button bergelut untuk meraih kedudukan keenam.

Rakan sepasukannya dari Australia, Mark Webber, tercicir 15.1 saat di belakang pemandu berusia 21 tahun itu manakala Rubens Barrichello yang memandu jentera Brawn GP di tempat ketiga.

Button yang memenangi enam daripada tujuh perlumbaan sebelum ini, kini hanya dipisahkan 23 mata daripada Barrichello selepas buat pertama kali pelumba Britain itu gagal mencatat kedudukan podium pada tahun ini.

Vettel yang bermula dari petak depan dalam perlumbaan yang tidak banyak menyaksikan insiden, meraih kemenangan keduanya pada musim ini dan kejayaan ketiganya kariernya. Pada saingan di China April lalu, dia turut memimpin Red Bull untuk mencatat keputusan 1-2.

“Ini bukan perlumbaan yang mudah kerana begitu sukar. Anda perlu kekal fokus dan sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa,” kata Vettel yang kini 25 mata di belakang Button dalam senarai kejuaraan.

“Permulaan amat penting dan pada awal saingan, saya berusaha sedaya upaya untuk menjarakkan diri. Ia nyata berbaloi kerana saya mempunyai jentera yang menakjubkan. Tayar juga bagus dan ia berada di landasan tepat,” katanya.

Felipe Massa dari pasukan Ferrari meraih tempat keempat, di depan pemandu Williams, Nico Rosberg.

Pelumba Itali, Jarno Trulli ketujuh untuk Toyota dan rakan sepasukan Massa, Kimi Raikkonen meraih mata terakhir dalam perlumbaan yang terakhir di litar Silverstone yang menjadi medan pertarungan jentera F1 sejak 1950. - Agensi

KEPUTUSAN

Keputusan GPrix Britain

1 Sebastian Vettel (Jerman) RedBull-Renault 1:22:49.328 saat

2 Mark Webber (Australia) RedBull-Renault +15.188s

3 Rubens Barrichello (Brazil) Brawn-Mercedes 41.175

4 Felipe Massa (Brazil) Ferrari 45.043

5 Nico Rosberg (Jerman) Williams-Toyota 45.915

6 Jenson Button (Britain) Brawn-Mercedes 46.285

7 Jarno Trulli (Itali) Toyota 1:08.307

8 Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:09.622

9 Timo Glock (Jerman) Toyota 1:09.823

10 Giancarlo Fisichella (Itali) Force India-Mercedes 1:11.522

Kedudukan mata

1 Jenson Button (Britain) Brawn 64 mata

2 Rubens Barrichello (Brazil) Brawn 41

3 Sebastian Vettel (Jerman) Red Bull 39

4 Mark Webber (Australia) Red Bull 35.5

5 Jarno Trulli (Itali) Toyota 21.5

Kedudukan Pengeluar

1 Brawn - Mercedes 105 mata

2 RedBull - Renault 74.5

3 Toyota 34.5

4 Ferrari 26

5 Williams - Toyota 15.5








never...


Monday, June 8, 2009

Button terus kukuh cengkaman






ISTANBUL: Pemandu Britain, Jenson Button mengekalkan kelebihan miliknya di persada kutipan mata kejuaraan dunia dengan mengumpul lebih 20 mata mengatasi pesaingnya selepas menang selesa perlumbaan Grand Prix Turki, malam tadi.

Pemandu berusia 29 tahun itu sekali lagi menampilkan kehebatannya bersama jentera Brawn GP, meraih kemenangan keenam dalam tujuh perlumbaan musim ini dengan mencipta perlumbaan lancar dan terancang. Diberikan kedudukan pendahulu pada pusingan perlumbaan apabila pelumba Jerman, Sebastian Vettel yang bermula dari petak depan melakukan kesilapan selepas sedikit terbabas ketika memecut, Button mengambil alih kawalan dan mencipta pemanduan dengan sempurna untuk merakam kemenangan ketujuh sepanjang kariernya yang kembali bermula.

Saingan kali ini juga menyaksikan buat kali pertama dalam lima perlumbaan di GP Turki, pemandu yang bermula di petak depan, gagal muncul pemenang dalam saingan sebanyak 58 pusingan itu. Vettel kembali memperbaiki kedudukan daripada kesilapan awalnya dan selepas menukar strategi, dia bersaing untuk akhirnya berkedudukan ketiga di belakang rakan sepasukan dari Red Bull, pemandu Australia, Mark Webber yang berkedudukan kedua, 20 saat di belakang Button. Vettel melangkah ke podium di depan pemandu Itali, Jarno Trulli bersama Toyota, diikuti pemandu Jerman, Nico Rosberg yang memandu Williams kelima serta pemandu Brazil, Felipe Massa keenam bersama Ferrari.

Pemandu Poland, Robert Kubica mengesahkan kebangkitan semula BMW Sauber selepas permulaan mengecewakan pada awal musim apabila menamatkan saingan di tangga ketujuh di depan seorang lagi pemandu Toyota dari Jerman, Timo Glock. Kemenangan Button ialah yang keempat berturut-turut dan mengumpul 61 mata dalam carta pemandu, 26 mata berbanding pencabar terdekatnya yang juga rakan sepasukan di Brawn, Rubens Barrichello dari Brazil, yang melakukan permulaan buruk sebelum terkeluar dari perlumbaan.







Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh

















Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini.

Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.

Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.

"Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya.

Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan.

Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.