Monday, April 4, 2011

Adakah tidak tepat masa tabii kita?


oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
4/3/2011 9:59:23 AM

Punctuality satu disiplin, waktu seperti pedang, bisa membinasakan, awasi pencuri masa! Masa emas yakni berharga. Waktu, seperti pedang, boleh membinasakan tuan atau lawan.

Perbelanjaan yang terbesar adalah waktu. Kata sebuah pepatah Inggeris: time is a file that wears and makes no noise. Manusia biasanya tidak memberi perhatian dan keutamaan sewajarnya pada waktu hingga ia berlalu.

Orang Timur lazimnya – Malaysia dan Peribumi termasuk antara mereka yang tidak terkenal sebagai kelompok yang punctual – tidak terbilang datang/pergi pada masa yang ditetapkan. Orang Barat, Jepun dan Korea termasyhur punctual.

Dalam mesyuarat dan persidangan banyak waktu habis kerana terlalu lanjut membicarakan sesuatu yang tidak perlu sehingga yang terpenting tertinggal. Gelak ketawa dan jenaka menjadi keutamaan. Bermain sukan, belajar, sembahyang dan gembira pun ada masanya. Semua pekerjaan hendaklah ada time table; jadual ditetapkan supaya segala usaha selamat dan sempurna hatta seks pun! Tegas Kitab Injil, ‘to everything there is a season, and a time to every purpose under the heaven’.

Masa kita hidup, kita boleh cari kekayaan, pangkat, darjat, penuhi impian dan berseronok melakukan apa yang kita gemar, idami dan gila. Usia manusia tidak panjang: di Malaysia, pukul rata, perempuan lelaki tidak melebihi 80 tahun. Di Jepun dan di Barat sudah ada beratus ribu bilangan penduduk walaupun umur mereka lebih seratus tahun mereka sihat. Ketika kita bernyawa banyak duri dalam daging dan kehidupan kita. Kita mesti berusaha mengatasinya tanpa takut dan segan, sebaiknya secara terhormat. Kalau anda sudah membaca ‘A Doctor In The House’, nescaya anda tahu siapa duri dalam daging dan kehidupannya semasa Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Apa pun berwaspadalah pada ‘pencuri’ yang sentiasa mahu merompak time kita. Mereka yang selalu lewat untuk jamuan atau temu bual, appointment (yang sedihnya mereka yang mahu jumpa tetapi lambat), mereka ini kurang beradab dan tiada adat! Mereka ini seolah pada saya duduk dalam waktu zone lain. Dalam satu majlis makan malam di rumah seorang duta asing minggu lepas seorang ‘Tan Sri baru’ datang hampir 45 minit lewat membuat tuan rumah gelisah dan tetamu lain – satu kerabat diraja, dua Tan Sri yang lebih senior dan isteri mereka embarrassed. Ia tidak menggambarkan satu tabii yang baik pada Malaysia dan juga pada darjat yang dimilikinya. Ada pula seorang VVIP pe’elnya lambat didalam dan di luar negara. Beberapa socialites (bukan socialist ya!) iaitu mereka yang gemar party, bergaul, cocktails, dinners dan morning coffee dan mengejar glamor menjadikan datang lewat sebagai satu fesyen!

Pada ramai punctuality penting, satu isu yang serius; satu minit apa lagi setengah jam (tanpa pula menghubungi memberitahu dia lambat) bagai satu kehilangan setahun lama waktu. Kita mesti prihatin, sensitif dan bertimbang rasa pada perasaan dan kedudukan orang lain. Lagi tinggi pangkat, lagi kaya, lagi berpengaruh dan berkuasa lagilah pula mereka harus prihatin dan bertimbang rasa pada orang lain bukan mengambil kesempatan mahu menunjukkan ‘siapa raja’!

Ada kala untung kalau menepati waktu! Tetapi janganlah pula buat ‘kelewatan’ sebagai satu habit, satu tabiat, satu kebiasaan. Saya lazimnya punctual tetapi ada kala saya sengaja menyimpang daripada kebiasaan atau tradisi. Satu contoh punctuality untung: Penggal kedua tahun tamat sekolah di MCKK, saya hendak dirotan oleh guru besar J D R Howell bersama seorang rakan Abdul Rahim Ismail (seorang jutawan, tidak lulus universiti. Kekayaan datang dari bisnes tanpa satu hari pun berkhidmat dengan kerajaan). Saya kerana sentiasa, mengikut Howell, menjejas, melemah dan menggugatkan kestabilan peraturan sekolah (saya tidak menyangkalnya. Tak guna berbuat demikian kerana Howell sudah membuat keputusan). Cerita ini berlaku tiga tahun sebelum merdeka. Rahim juga seperti saya seorang non-conformist.

Rahim sering lewat ke kelas dan ke mana-mana pun hingga dia digelar ‘Rahim Lambert’ sebutan orang Inggeris bagi perkataan lambat. Kami diarah ke pejabat pengetua tepat 8 pagi untuk dirotan. Takdir pagi itu Howell lambat 5 minit. Kami terus ke kelas. Selalunya Howell ‘very punctual’. Howell berkejar ke bilik form five dan bertanya saya:

‘Why were you not at my office this morning?’

‘I was there at 8 sharp, waited for you for five minutes. You were late, sir!’

Saya telah mengingatnya bahawa punctuality bagi tamadun Barat adalah satu badge of honour; satu lencana kehormatan. Bagusnya Howell menghormati keberanian saya dan juga dia menghargai saya telah mencetuskan integriti, kehormatan dan budaya orang British yang mereka sanjungi. Pendek cerita: Rahim dan saya tidak jadi dirotan! Ceritanya panjang, lain kali sahajalah.

Lebih baik awal daripada lewat. Dengarlah nasihat Shakespeare dalam novelnya: ‘The Merry Wives of Windsor’ – better three hours too soon than a minute too late - lebih baik tiga jam terawal dari satu minit terlambat.

Mencari ilmu dan sukses ada dua cara: mengurus waktu dengan bijak dan self confident dan mempunyai keyakinan diri. Ada manusia mengambil masa lama dan singkat dalam pendidikan. Zaman sekarang semua murid mesti mengikut pendidikan secara formal di sekolah mengikut undang-undang kerajaan. Tetapi setelah persekolahan yang wajib kita boleh belajar sendiri tiada had masa begitu juga di pondok atau di Masjid al-Haram di Makkah.

Pendidikan formal tidak serasi dengan saya, ia melemaskan saya. Saya dapati daripada pengalaman sendiri ala pondok (tanpa had) lebih sebati, lebih meresapi.

Anak-anak yang gagal, tidak cemerlang dalam pelajaran; dewasa yang tidak atau kurang nampak berjaya dalam kerjaya janganlah sedih, janganlah kecewa kerana ada manusia berkembang awal ada pula lambat. Dalam perlawanan bola sepak juga dalam kehidupan yang terpenting bukan bagaimana mulanya tetapi kesudahannya! Anda harus ingat apa madah Mark Twain, pujangga dan humorist Amerika Syarikat yang terulung dan terbilang: never let schooling interfere with your education! Lihat Bill Gates dan Mark Zuckerberg: kedua-dua tercicir dari Harvard tetapi kerana bakat, idea mereka yang tersendiri, berani mengambil risiko mereka diantara manusia mega kaya di seluruh alam.

Waktu menulis ini terbayang-bayang dan terkenang-kenang pada Zaaba (Zainal Abidin bin Ahmad), Pak Sako (Ishak Haji Mohamad), Samad Ismail, Usman Awang, P Ramlee. Saya kenal semua dan semua tidak masuk universiti kecuali Zaaba itu pun, seperti saya, sebagai mature student – pelajar matang atau berumur. Orang yang nama saya sebut di atas mengasah bakat selepas sekolah rendah atau menengah dan waktu bertugas – Zaaba sebagai penterjemah dan guru, yang lain sebagai penulis atau wartawan; Ramlee pula dalam filem, muzik; seorang yang serba boleh, ‘versatile’ tegas Speaking. Kesemua mempunyai daya dan bakat imaginasi yang kuat, tajam; serba boleh dan serba guna.

Pada saya kejayaan dalam hidup tidak terpenting, lebih utama ialah kebahagiaan juga sumbangan kepada fardhu kifayah, kepada bangsa, agama dan tanah air. Allah SWT sayang mereka yang memberi bukan yang meminta, memohon siang malam untuk diri mereka bukan bagi ummah. Kebahagiaan, kesihatan, kestabilan, hidup aman dan sentosa lebih memuaskan hati saya dari kekayaan, kenamaan, darjat! Ada manusia takdir Tuhan ada, kata orang Kelantan, ‘belaka’. Nasib merekalah. Untung sabut timbul dalam apa situasi pun. Janganlah hasad dengki kepada mereka yang berjaya. Manusia mencadang Allah jua, kata Speaking, yang disposes yakni yang menentukan nasib seseorang itu. Siapa sangka Badawi jadi perdana menteri, Musa Hitam pengerusi Sime Darby? Terlintaskah di hati Hosni Mubarak, firaun moden Mesir, tumbang?

No comments: