Sunday, November 23, 2014

LARANGAN MEMAKAI CINCIN PERAK BERTULIS 'MUHAMMAD RASULULLAH'



Larangan memakai cincin bertulis ' محمد رسول الله '

Post ini dinaqalkan oleh saya (Abu Afham Muhammad) dari status Facebook seorang penuntut ilmu di negara Mesir (Iskandariah), Abu Ismaaeel Muhammad Fathi di Halaman Sosial Facebook-nya, Fathi Al-Sakandary di alamat: https://www.facebook.com/fathi.alsakandary

Fathi Al-Sakandary wrote:

"Saya mendapati telah menjadi satu 'trend' dikalangan lelaki memakai cincin berukir "Muhammad Rasulullah",

Saya tidak tahu siapa yang mula membuat cincin sebegini kemudian menjualnya hingga ia menjadi amat popular, bahkan dijadikan cincin dalam pernikahan (sedangkan cincin bukanlah sunnah dalam pernikahan mahupun pertunangan)

Rata-rata lelaki yang memakai cincin berukir "Muhammad Rasulullah" ini mereka memakainya kerana rasa cinta atas Baginda SAW, sayangnya ia dilakukan atas kejahilan, ini kerana cincin berukir "Muhammad Rasulullah" dilarang oleh Baginda SAW untuk dipakai oleh sesiapa jua melainkan Baginda SAW seorang.

Larangan ini amat jelas dalam hadith yang disepakati Sahih zaman berzaman, riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Nabi SAW:

" إِنِّي اتَّخَذْتُ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ وَنَقَشْتُ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ، فَلَا يَنْقُشَنَّ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِهِ"

Maksudnya: "Sesungguhnya aku (iaitu Nabi SAW) telah membuat cincin dari perak dengan bertuliskanMuhammad Rasulullah, maka tidak boleh seorangpun dikalangan kalian memahat tulisan pada cincin mereka sama seperti yang ada pada cincinku ini"

Hadith riwayat al-Bukhari (5456), dan Muslim (3901) dalam kitab Sahih mereka al-Jami', yang merupakan kitab paling Sahih selepas al-Qur'an.

Adalah terlarang bagi sesiapa juga baik lelaki ataupun wanita memakai cincin berukir "Muhammad Rasulullah", seseorang yang ingin mengukir nama pada cincin boleh mengukir nama sendiri bukan nama Baginda SAW. Jika benar cinta akan Nabi maka patuhilah larangan ini tanpa soal"

TAMBAHAN PENUKIL

Jika diperikasa menggunakan software Kitab Hadith Online (Lidwa), dalam Shahih Bukhari nombor hadithnya adalah 5428, bukannya 5456 sepertimana yang dinaqalkan oleh saudara Fathi diatas. rujuk:http://lidwa.com/app/?k=bukhari&n=5428

Mengenai masalah pernomboran hadith yang agak berlainan, ianya telahpun dijawab oleh saudara Fathi dimana beliau menulis:

"Ianya tidak sama dari segi pernomboran  disebabkan cetakannya berbeza, software Lidwa tidak sama degan kitab cetakan yg ana guna. Penomboran kutub mutun berbeza-beza mengikut cetakan dan pentahqiq, nombor itu pentahqiq yang letak. Kitab asal kutub sittah tidak ada nombor hadith. Mereka yg belajar ilmu makhtut (manuskrip) akan faham hal ini."

Walaupun nombor hadithnya berbeda, namun natijah dalam masalah ini tetap sama, iaitu larangan memakai cincin yang sedemikian rupa. Tiada sesiapa pun yang menyeleweng dalam masalah ini.


HADITH INI TIDAK MANSUKH

Tambah Fathi lagi:

" Larangan memakai cincin berukir "Muhammad Rasulullah" bukan terhad hanya pada zaman ketika Baginda SAW hidup sahaja, bahkan larangan itu kekal hingga qiyamah. Mereka yang menggunakan akal menyatakan bahawa larangan itu hanya terhad pada zaman Nabi SAW dengan alasan dangkal larangan politik dan bagai-bagai, maka sila bertanya diri anda soalan ini:

 1- Nabi SAW wafat bila, zaman kita atau zaman Sahabat? Jawabnya zaman Sahabat

 2- Ada atau tidak Sahabat Nabi S.A.W yang membuat cincin berukir "Muhammad Rasulullah" untuk mereka pakai selepas Nabi wafat? jawabnya tiada.

3- Siapa yang lebih memahami larangan dalam hadith itu, kita atau Sahabat? jawabnya Sahabat.

Ingat kawan, kaedah usul fiqh boleh menyesatkan seseorang apabila ia digunakan dengan hawa nafsu dan membelakangi Salaf

Untuk menyatakan sesuatu suruhan atau larangan yang thabit Sahih dalam Kitab Allah dan Hadith Rasul sebagai mansukh, ia memerlukan dalil, bukan boleh senang saja hendak menyatakan larangan itu dan ini mansukh, sedangkan dalilnya tiada, tapi yang ada hanya akal.

 Ingat kawan, Islam ini bukan agama akal, jika ia agama akal nescaya kita menyapu khuf di bawah bukan di atas."


Dinukil dari post  Fathi beralamat (URL):
https://www.facebook.com/fathi.alsakandary/posts/412078548880345


Sementara itu, Ustaz Asrie Sobri dalam Laman Facebook-nya  menaqalkan perkataan berikut di post yang beralamat (URL): https://www.facebook.com/muhammadasrie.sobri/posts/352065451484001 menyebut:

Kata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah: 
 "Dan sesungguhnya baginda melarang orang lain daripada meniru ukiran cincin baginda kerana pdnya terdapat nama dan sifat baginda dan baginda membuatnya utk dijadikan cop mohor bginda maka ia khusus bg baginda dan membezakan baginda dgn org lain maka jika dibenarkan kpd org lain mengukir seperti ukiran bginda akan hilanglah maksud ini". [al-Fath (Fathul Bari -penaq-), 10/324]"

Wallahua'lam..

11 comments:

Unknown said...

Asslm wbt...
Pada pendapat ana...ianya bergantung niat...lihat coretan anda sendiri..mengingati Allah swt setiap masa...sekiranya cincin ukiran nama Allah swt mengajak si pemakai sentiasa mengingati Allah swt dan menahan dirinya dari melakukan maksiat...ianya adalah suatu amalan yg sgt baik dan digunakn dgn cara beradab...pahala bagi dirinya...
larangan tersebut jelas melalui imam ibn hajar yg disampaikn oleh ustaz asrie sobri...dikeranakn cincin Nabi Muhammad SAW digunakn sebagai cop mohor...adakah kita boleh memakainya?? Fikir2kanlah sendiri kerana kita semua memiliki akal fikiran yg diciptakn oleh Allah swt untuk berfikir baik dan buruk sesuatu perkara...waslm...

Anonymous said...

zaman dulu nabi guna cincin sebagai cop mohor...tu yang nabi larang....cuma bila pakai cincin berukir allah dan rasul kena la pandai jaga adab...jangan sampai dalam toilet pun bawak masuk,,,,wllahuallam

Unknown said...

Conclusion is? Boleh guna cincin x?

Unknown said...

sedap2 korang je bg pendapat ikut akal sendiri...kan nabi dah larang tu ehh boleh pulak nak ciluk2 hukum..nak mengingat allah lah, kene pandai jaga adab lah...dah nabi larang tu xusah lah buat...kejadah sungguh la umat sekarang ni

Adham Cikgu/Muallim said...

Tiada larangan, mufti wilayah kata boleh pakai, cuma xboleh bawa masuk toilet je

Adham Cikgu/Muallim said...

muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/980-irsyad-al-fatwa-siri-ke-178-hukum-memakai-cincin-yang-mempunyai-kalimah-allah-atau-rasulullah-ke-dalam-tandas

Adam Saat said...

https://m.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/2488446154516203

Boleh rujuk tut. AlhAlhamdulil dah xde rasa ragu ii nak pakai cincin sememangnya x boleh pakai ketika nabi hidup . Setelah wafat .. Maka ada perbahasan lain moga x jadi FITNAH ye .. Masya allah hu kana wama lam ya syak lam yakun

Hamba Allah said...

Mufti akhir zaman membolehkn apa yg x boleh

Unknown said...

Cop mohor memang satu jee sebab tu orang lain tak boleh buat..

Unknown said...

Kalau mufti tak boleh percaya.. Sape lagi nak kita percaya, takkan orang yang just tulis Di blog kut..

Unknown said...

https://m.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/2488446154516203

Baca di sini lagi jelas,
Alhamdulillah insha Allah boleh sahaja pakai, cuma kena pandai jaga