Saturday, August 16, 2008

WARISAN MELAYU (Didedikasi untuk Mahasiswa UiTM)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah mengalir keringat
Bumi dipijak milik orang

[Bukannya anak kecil yang main api tapi bapak budak yang main, tak tau dek untung. Bapak budak Melayu pula tu yang bakar, mana bapak budak tahu hati anak-anak Melayu ni sepi, kosong atau tidak. Bapak budak ni cuma tahu isi tengkolok anak bini dia saje..dah kenyang, baki yang basi dan lemau lempar kat anak-anak Melayu ni. nah !!! sekarang sapa yang makan..sapa yang jilat. 50 tahun punya khazanah tinggal kulit je yang dapat..masyallah]

[Air mata darah mengalir keringat, buat penat je Tok Janggut, Mat Kilau dan pejuang-pejuang bangsa mempertahankan bumi ni dari penjajah jahanam, darah gugur ke bumi anak cucu cicit buat onar dijajah pula dalam bentuk lain. Al-fatihah untuk mereka. Bumi dipijak milik orang..tau tak pe! dah lama dah bumi ni kena jajah dek orang, bukan makhluk asing, orang asing tapi orang Melayu sendiri..tebal muka nak cerita, hentam saje lah. Jajah tang mana, semua sekali dari hujung Pengerang hingga ke Bukit Kayu Hitam, dari Simpang Mengayau hingga ke Serikin. Apa yang dijajah, la tak lain tak bukan hidup kita la orang Melayu, tak tengok ke atau buat-buat tak perasan. Artis disanjung dahsyat sungguh, politik bertempur, orang Melayu juga, Cina, India ada juga tapi cool je. Ulama dicaci, dikeji, mahasiswa dicucuk hidung, anak gadis Melayu dilayukan, anak muda Melayu dirempit, semua dilalaikan. Sapa yang bertanggungjawab..mak bapak, diri sendiri atau kerajaan Melayu yang ada ni]

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

[Dulu memang dah kaya..dek kerana kaya sangat tu lah, habih lupa dunia akhirat. Sekarang pun dah ada yang tergadai..Singapore dah keluar, kemudian Brunei ikut, baru ni Batu Putih ikut, lepas ni apa lak..Pulau Pisang atau Wilayah Iskandar..silap..silap Sabah pun ikut keluar, Sultan Sulu tuntut haknya.]

[Tak ada cinta yang kekal kecuali cinta kepada Allah, semuanya tersembam ke bumi, masuk liang lahad juga. Apa yang tinggal, itulah anak cucu cicit kita dapat. Baik yang kita tinggal baik yang mereka dapat, buruk kita tinggal, siaplah..nanti depa kencing kat kubur kita..mana tahu]


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

[Ye la..bumi Melayu ni indah, dulunya Persekutuan Tanah Melayu la ni bumi Malaysia, mana Melayunya..warisan yang ada habis dikorek, digali kemudian dijual ke orang putih. Anak cucu tak lahir lagi masa tu, diangkut penjajah, bangsa lain kononnya nak majukan bumi ni. Ye la mula-mula, la ni Melayu yang merempat. Bangsa lain yang maju. Sebab apa, sebab mereka beringat. Nenek moyang depa cakap susah payah dulu tapi untuk kesenangan anak cucu mereka. Lihatlah sekarang buktinya, ekonomi siapa pegang, tanah bumi Melayu (dulu le) sekarang sapa pegang.... ]
[Kita Melayu ni masih bangga dengan subsidi, kuota, insentif tapi tak sedar bangsa lain pun dapat sama. Jadi, apa bezanya Melayu ni..dah sama taraf tapi kita pulak yang mundur.. Apa cerita ni..terbalik kut!!]


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dan hilang
[Masa depan Allah yang tentukan, kalau ikut sekarang ni memaaang kelam tapi masih ada jalan keluar. Lima hari sekali kita jumpa Dia, tempat kita mengadu..insyallah, ada jalan tu..Benda yang dah lepas tu lepaskan lah..biar jadi sejarah. Nak ungkit pun ada yang dah mati, ada yang hidup tapi cakap pun tak guna. Wak asal balik hasil. Sejarah ni kalau baik alhamdullilah, orang sanjung dunia akhirat. Kalau buruk, anak cucu cicit akan tuntut sampai akhirat. Ye la, nak buat apa lagi. Maruah dah tergadai..nama Melayu dah terkubur dan ditalqinkan.]



Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

[Apa lagi yang kita tinggal, kerana kuasalah kita berbalah, aku kata kau, kau kata aku. Bangsa lain ketawa kih kih kih, depa tinggal tu je biaq pi la ada line clear kita masuk...bangsa kita ni semakin me...layu. Siapa yang hancurkan. 50 tahun perintah Malaysia, kuasa aje yang tinggal. Mana pegi ekonomi Melayu, mana pegi bahasa Melayu, mana pegi tanah Melayu, mana pegi semua ini..dari zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah zaman gelap Pak Lah, hampeh..yang ada rosak Melayu dengan gejala rasuahnya, songlap, lari duit, rogol, zina, bunuh, kutuk mengutuk dan tah ape-ape lagi..tu pun ada yang tak malu, tunjuk muka nak pimpin rakyat konon, diterima pulak oleh golongan ni *&#@?]
[Bangsa Melayu hampir pupus dek zaman, baca ni [link]. Lama mana boleh pertahankan, 1 tahun, 2 tahun, 50 tahun, 1000 tahun boleh ke!! Satu cara je kita boleh bertahan dalam dunia melayu, boleh bersatu, boleh bekerjasama yakni bersatu dalam Islam. Kita ucap kalimah syahadah yang satu "Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi Nabi Muhammad itu PersuruhNya". Susah sangat ke, Tok Guru cakap gitu semua senyap maknenya setujulah tu..baru buleh pulih harga diri. Dah ternoda boleh taubat, nak terima atau tidak, itu Allah punya kerja.] Kita ni masih ada harga diri lagi ke...


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

[Tahu pun kita dah tiada masa..dah lama dah..kalau ikut Tun Mahathir pada zaman dia la. Maju dengan Maha Perkasa, siapa yang perkasa kat sini, UMNO ke PKR ke PAS ke, Pak Lah ke..atau Tok Najib tu ke...Allah Yang Maha Agung, bila kita semua kesampingkan Nya..terimalah balasannya. Apa nak cakap lagi, berbalah sana berdengki sini, itu balasan dariNyer la. Tidor malam dah kena ulit dengan bini tak ingat nak takafur dulu, ingat kejadian dan balasan Allah atas apa yang kita buat hari ni]

[Jangan sebut pasal Melayu lagi, perlembagaan yang menyebut Melayu itu Islam, Islam itu Melayu, kita yang buat, boleh diubah-ubah bah itu. habis kalau tak nak cakap pasal Melayu apa yang kita ada, la kalau dah Melayu tu Islam.. Islam lah yang kita ada, bengap betul la. Kita berdiri bergandingan tangan, bersatu hati, atas satu kalimah yang sama yakni...tengok dan baca bawah ni ]...susah nak bagi paham Melayu ni.


Tuesday, August 12, 2008

RENUNGAN: Cara mempertingkatkan iman

Oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Ab Majid (UM)


Sila beri perhatian kepada beberapa amalan atau tindakan yang boleh anda lakukan bagi menguatkan iman dan amalan keislaman kita semua.


Pertama: Lebih daripada sembahyang fardu lima kali sehari hendaklah anda melakukan sunat rawatib, 12 rakaat sehari yakni sunat yang mengiringi sembahyang fardu itu; dua rakaat sebelum sembahyang subuh dan empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur dan dua rakaat selepas sembahyang Zuhur campur dua rakaat selepas sembahyang Maghrib campur dua rakaat selepas sembahyang Isyak.

Menurut keterangan hadis riwayat Muslim, sesiapa bersembahyang sunat 12 rakaat sehari semalam akan dibina baginya sebuah rumah di syurga.


Kedua: Sembahyang malam sekurang-kurangnya dua rakaat. Ini memberikan kelebihan dimakbulkan doa seseorang itu.

Ketiga: Sembahyang sunat Duha pada setiap pagi selepas naik matahari sama ada dua rakaat, empat rakaat atau lapan rakaat. Amalan ini memberikan erti dan makna setiap sendi manusia itu bersedekah pada hari itu. Dalam satu sabda Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan maksud sabdanya: Setiap tasbih (subhanallah) itu sedekah, pujian (al-Hamdulillah) itu sedekah, tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, Takbir (Allahu Akbar) itu sedekah, amar makruf (menyuruh orang berbuat baik) itu sedekah, nahi munkar (melarang orang berbuat jahat) itu sedekah, dua rakaat sembahyang sunat Duha itu sedekah (riwayat Bukhari dan Muslim).


Keempat: Boleh juga dijadikan amalan tetap harian membaca surah al-Mulk, di mana surah yang mengandungi 30 ayat ini dapat memberikan syafaat kepada mereka yang membacanya

Kelima: Hadis yang jelas menyuruh kita membaca La ilaha illa Allah wahdahu la sharikalah,. Lahu l-Mulk wa lahu al- Hamd wa huwa 'ala kulli sha'in qadir, sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosa-dosa ( riwayat Muslim).


Keenam: Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. di mana sesiapa berselawat satu kali, Allah berselawat 10 kali kepadanya (memberkati dan menurunkan rahmat). Malah ada hadis yang menyebut, mereka yang paling kedekut adalah orang yang apabila disebut nama nabi s.a.w. dia bakhil untuk berselawat.

Ketujuh: Bertasbih dengan Subhanallah al-'Azim, subhanallah wa bi hamdihi juga 100 kali sehari diberikan ganjaran tanaman pohon tamar kepadanya di syurga nanti.


Kelapan: Beristighfar sebanyak mungkin pada setiap hari.
Ini semua merupakan amalan harian yang sepatutnya di amalkan oleh mereka yang ingin meningkatkan penghayatan Islam yang baik.

Terdapat banyak lagi seruan dari Allah dan Rasul agar kita banyak membaca al-Quran, paling tidak beberapa ayat al-Quran dalam sehari. Bukan sahaja membaca tetapi memahami akan makna dan maksud tujuan ayat-ayat itu. Membaca al-Quran selain banyak mendatangkan kebaikan dan pahalanya ia mendatangkan ketenangan hati kepada para pembacanya.


Bagi meningkatkan lagi hubungan manusia dengan Allah perlu di perbanyakkan berdoa pada masa-masa terluang, terutama selepas sembahyang atau di mana sahaja. Bagi memperelokkan agar doa diterima ikutlah adab-adab berdoa yang banyak ditulis dalam buku-buku agama.


Difahami


Apa yang penting setiap doa dan zikir yang dibaca itu bukan hanya sekadar di bibir sahaja, tetapi harus difahami dan dihayati akan maksud-maksudnya. Saya percaya jika ini dapat dibuat masalah yang selalu menghimpit jiwa mereka yang sakit akan dirawati.


Meskipun segala bacaan itu baik, namun untuk menguatkan lagi iman, kita dituntut bekerja, berusaha dan bercampur gaul dengan orang ramai. Tunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik, sehingga kita mampu menyayangi orang lain dan orang lain juga menyayangi kita. Justeru iman dalam Islam bukan hanya bersifat pasif tetapi aktif malah proaktif.

Apa yang penting setiap daripada kita memahami banyak perkara yang nantinya akan dipersoalkan kepada kita pada hari kiamat kelak. Tidak ada orang yang tidak merasa bimbang dengan pertemuan di akhirat bersama Allah nanti. Justeru itu sekali lagi diingatkan agar semua orang menjauhi daripada perkara negatif seperti membenci, berdendam, mengutuk dan mengata apalagi melakukan maksiat seperti mencuri, membunuh, rasuah dan sebagaimana yang akan merosakkan iman dan mengurangkan kualiti keimanan kita.

Bagi mereka yang merasakan banyak lagi kekurangan daripada segi ilmu pengetahuan, bacalah buku-buku yang berguna. Kesilapan masyarakat kita adalah malas membaca bahan-bahan yang baik dan banyak tertumpu kepada hiburan yang mungkin hanya memberi hiburan segera tetapi pada jangka masa panjang merosakkan akal dan perasaan kita sendiri.

Mereka yang ada kekuatan menghafal mereka digalakkan pula menghafal kalau pun tidak keseluruhan al-Quran, jika ada beberapa surah atau juzuk al-Quran, sudah semestinya memberikan kebaikan sama ada di dunia apalagi di akhirat.


Amalan


Banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bagi menguatkan keimanan. Tetapi setiap orang ada amalan yang lebih mudah untuk dirinya melakukannya. Ada orang senang berpuasa, tetapi ada mereka yang agak keberatan untuk berpuasa sunat. Pilihlah mana yang lebih ringan untuk dilakukan dan mempertingkatkan diri dari satu masa ke satu masa.

Keimanan tidak akan menghalang kita untuk bekerja atau mengambil rehat hatta untuk bercuti makan angin asalkan sahaja dapat mengisinya dengan perkara baik.

Suasana di pantai dan pengembaraan dalam hutan memberikan inspirasi yang banyak kepada mereka yang suka berfikir dan mempunyai perasaan yang halus. Bagaikan seorang seniman yang akan dapat menangkap segala perkara dijadikan bagi dijadikan ilham untuk mencipta puisi dan tulisan. Orang beriman akan mengukir semua kehidupan bagi tujuan berabdi diri kepada Allah s.w.t. dan menunaikan tugas sebagai khalifah Allah jua.

Akhirnya, saya ingin mengingatkan kita semua jangan merasa remeh perkara-perkara kebaikan yang dilakukan, walau pun ia kecil, mungkin ia bernilai besar di sisi Allah. Begitu juga jangan meremehkan dosa yang kita buat walau pun kecil pada diri kita, mungkin ia besar pada sisi Allah s.w.t. Wallahua'lam.

Saturday, August 9, 2008

Olimpik bermula




BEIJING: Sukan Olimpik ke-29 dibuka secara rasmi, malam tadi, dalam upacara penuh gilang- gemilang dengan kontinjen Malaysia memburu misi menunaikan harapan menggapai kilauan pingat emas sulung. Kontinjen negara ditunjangi 33 atlit yang berpakaian baju kebangsaan kuning keemasan, berarak masuk ke Stadium ‘Sarang Burung’, diketuai pelumba basikal, Azizulhasni Awang, selaku pembawa Jalur Gemilang. Harapan utama negara untuk menamatkan penantian emas pada Sukan Olimpik kali ini disandarkan kepada skuad badminton negara, terutama Lee Chong Wei yang akan membawa cabaran dalam acara perseorangan lelaki.

Turut memiliki peluang dalam saingan sukan paling berprestij dunia itu ialah dua beregu lelaki, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, selain harapan pingat kepada skuad memanah, pelumba berbasikal dan atlit taekwondo negara. Temasya Olimpik di Beijing kali ini, dengan kos penganjuran dianggarkan AS$40 bilion (RM128 bilion), dibuka secara rasmi oleh Presiden China, Hu Jintao, disaksikan lebih 90,000 penonton selain kira-kira empat bilion penonton televisyen seluruh dunia. Obor temasya itu dinyalakan bekas ratu gimnastik tuan rumah, Li Ning, yang meraih tiga pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles.


Upacara itu bermula dengan acara pembukaan selama sejam penuh warna warni, diilhamkan pengarah filem terkenal, Zhang Yimou, yang mempersembahkan sejarah penubuhan China daripada zaman dinasti awal sehingga menjadi kuasa utama dunia ketika ini. Ia diikuti perarakan masuk lebih 5,000 atlit daripada 204 negara bermula dengan kontinjen negara penganjur temasya sebelumnya, Greece, diselangi pertunjukan mercun dan bunga api. Upacara pembukaan itu turut dihadiri ketua negara, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin. Temasya berlangsung selama 17 hari itu bakal menyaksikan saingan merebut 202 pingat emas daripada 28 jenis sukan yang dipertandingkan.

BUAH HATI MILIK ORANG...esh..esh

PEL 11
08.08.08

Wednesday, August 6, 2008

ISKANDAR MALAYSIA MENGUNTUNGKAN SINGAPURA

Projek Pembangunan Iskandar Malaysia tidak akan menjadi milik rakyat negara ini jika masyarakat tempatan dan peniaga di situ tidak merasakan ia membantu mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Segi Tiga Emas- Kawasan yang dijangka
menjadi kawasan yang paling pesat berkembang
Apa yang di bangkitkan oleh Shahrir itu adalah masalah sekelumit sahaja; kerana yang paling beruntung sekali ialah negara jiran :

• Singapura mendapat kawasan perindustian baru yang sesuai untuk pelaburan.
• Manfaat kepada singapura kerana WPI mempunyai Free Access Zone.
• Pelaburan kepada hartanah di dalam Malaysia melalui pembelian rumah-rumah di kawasan perumahan.
• Warga singapura akan membanjiri selatan Johor untuk seumpama mengambil alih tanah-tanah orang tempatan kerana peluang untuk mereka melabur dalam sektor hartanah telah terbuka luas.
Persoalannya :Apakah nasib Tanah Rizab Melayu(TRM) seluas 16,997 Hektar yang terdapat dalam WPI.

Adakah nasib orang melayu akan berubah?

Faktor-faktor keselamatan akan terjaga berikutan WPI menjadi tumpuan ekonomi?

Kenapa tergesa-gesa untuk membangunkan WPI? Adakah WPI @ SJER ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan dipersetujui?

Jika mahu melaksanakan WPI@SJER, kenapa projek Jambatan Bengkok Dibatalkan?