Monday, November 3, 2008

Kadang-kadang kita tidak akan mengerti dengan apa yang tuhan buat


Kita tahu kita bukan insan yang istimewa; jauh sekali insan yang terpilih, tetapi kadang-kadang tuhan menempatkan kita di kalangan orang yang 'ada otak tapi tidak tahu berfikir' dan orang yang 'tidak ada otak langsung'.

menuding jari kepada 'kambing hitam' selalunya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah; malah memburukkannya lagi. tetapi kadang-kadang kita tidak dapat mengelak untuk berkata 'ini semua kau punya pasal'; terutamanya bila kita yang terpaksa menanggungnya.

kita marah, kita benci, kita tidak suka dengan orang yang memberikan kita masalah itu, tetapi tuhan sering sahaja menyorokkan orang kita setiap kali marah kita sudah sampai ke kemuncak.

kebarangkalian pertama saya tidak akan menjadi seorang pembunuh. ada sesetengah salah yang orang buat elok sahaja kita serah kepada tuhan untuk menjatuhkan hukuman. kebarangkalian kedua saya bukan seorang hulk. kalau saya menumbuk dinding, ia hanya akan melukakan tangan saya kembali dan bukannya melubangkan dinding. tapi seorang manusia yang diberikan tuhan bermacam-macam emosi. salah satu daripadanya ialah marah.

hidup kita ini tidak selalunya indah. adakalanya kita didatangi kesusahan. tetapi kadang-kadang di kala kita didatangi kesusahan itu, tuhan mendatangkan lagi banyak dugaan.

tidak tahu apa-apa boleh belajar. tidak ada sesiapa yang boleh menolong boleh 'belajar' sendiri. tidak cukup masa boleh bekerja 24 jam. itu kalau semuanya berjalan lancar. kita hendak belajar ada orang yang hendak mengajar. kita mencari dan bertanya, kita boleh jumpa apa yang kita cari. dengan bekerja 24 jam kita boleh siapkan tepat pada masanya. tetapi adakalanya semua apa yang kita usahakan tidak 'hidup bahagia selamanya' seperti di dalam buku dongeng kanak-kanak.

katalah ia bukan tindakan yang betul; jauh sekali bijak tetapi adakalanya kita fikir elok sahaja kita tinggalkan semua urusan kita di dunia ini. kita telah menanggung kesusahan untuk sekian lama jadi sudah masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal. tetapi tuhan tidak pula mencabut nyawa itu daripada kita.

apa-apa pun yang tuhan lakukan kepada kita, kita mesti percaya kepada satu perkara - tuhan tidak akan menzalimi kita.

kejayaan sama seperti permainan bolasepak - ia tidak dimenangi secara berseorangan.

apa yang tuhan buat adalah bukan urusan kita untuk tahu. apa yang kita perlu buat ialah percaya kepada tuhan dan buat apa yang patut.

7 comments:

Anonymous said...

terima kasih
kerana sedikit sebanyak
memberikan kesedaran
untuk aku

seluksaku said...

thanx sbb nak jengok blog aku...

Rahimin Idris said...

itu letak safety helmet tu apahal? takut dinding runtuh ka? haha

Ojie said...

aku selalu berpikir segala kejahatan yg kena pada aku, Tuhan tentu akan membalas kepada org tersebut krn bukan hak aku utk membalas akan perbuatan jahat yg mereka buat itu..

terima ksih atas entri ini..

seluksaku said...

rahimin;
tu brg kesayangan aku... slalu kena sound kat safety oficer.... sbb kerap langgar peraturan dia...
cuma x pernah kena fine jer, biasanye lepas kena sound kitaorang kena teh secawan... bukan rasuah beb..

ojie;
betul tu... kalau musibah kena kat kita, anggaplah ia sbg kifarah dan penghapus dosa...

thanx , sudi jenguk ...

Wardrobe kita said...

Pepatah kata buat baik dibalas baik..buat jahat jgn sekali..tapi perlu ke kita berdiam diri kalau org dah buat jahat dgn kita?Sabar ada tahap..tapi marah pun x guna jugak..so,apa perlu buat nih??

*Pinjam safety helmet..aku nk pakai 2 takut2 aku kena ketuk lagi..

seluksaku said...

wat x tau jer ler qaseh... bukan dia leh zass ko ngan samurai pun... apa2 pun ko searh jer kat DIA... bia kan BOSS kita...

* yg ni x leh nk bg pinjam, klau x de kpala aku yg kena ketok ... nti aku bli satu kat ko yer..