Tuesday, September 29, 2009

Monday, September 28, 2009

Hamilton menang, Button jarak kedudukan





SINGAPURA - Lewis Hamilton menampilkan satu pemanduan unggul untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura semalam, mengatasi Timo Glock dan Fernando Alonso manakala Jenson Button menambah mata untuk menjarakkan pendahuluan kejuaraannya.

Bermula dari petak pertama, Hamilton, pelumba Britain mendahului sejak awal hingga akhir dalam keadaan pemanduan yang sukar untuk melepasi bendera penamat dengan jentera McLaren, 9.6 saat di depan Toyota.

Ia merupakan kemenangan keduanya musim ini, selepas Hungary dan yang ke-11 dalam kariernya.

Alonso yang menang di sini dalam keadaan kontroversi apabila Nelson Piquet Jr. sengaja melakukan pelanggaran, membawakan sedikit kegembiraan kepada Renault untuk berada di tempat ketiga.

Ia meninggalkan pelumba Jerman, Sebastien Vettel di tempat keempat.

Pemandu Red Bull itu di tempat kedua dan dalam satu pertarungan sengit dengan Hamilton tetapi selepas memasuki pit buat kali kedua pada pusingan 39, dia keluar terlalu cepat dan dikenakan penalti pandu terus.

Sekurang-kurangnya dia menduduki satu tempat di depan pendahulu kejuaraan, Button tetapi baki tiga perlumbaan meninggalkannya jurang 25 mata dan peluang Vettel mengejar pelumba Britain itu makin lenyap.

Button kini memiliki 84 mata dengan rakan sepasukan Brawn GP, Rubens Barrichello 15 mata di belakang selepas menduduki tempat keenam di sini dalam perlumbaan malam.

Heikki Kovalainen, pemandu kedua McLaren menduduki tempat ketujuh dan pelumba BMW Sauber, Robert Kubica, kelapan.

Pasangan Brawn itu kini tampak pasti untuk menghadiahkan kejuaraan pengeluar kepada pemimpin pasukan, Ross Brawn dalam musim pertama pasukan itu, dengan salah seorangnya bakal ditabalkan juara dunia.

Barisan depan litar sentiasa menjadi penentu pada litar jalanan Marina Bay yang berbonggol di mana pemintasan menjadi sukar dan Hamilton memanfaatkan kebanyakannya apabila bermula di depan.

Memandu dengan yakin dan pasti di sebuah litar yang menuntut ketepatan, ketegangan dan keyakinan, dia melepasi selekoh pembukaan dalam kedudukan utama.

Nico Rosberg melepasi Vettel untuk menduduki tempat kedua dan Alonso yang bermula dengan teruk, memecut ke tempat keempat dari kelima.

Namun pada penghujung pusingan pertama, pelumba Sepanyol itu turun ke tempat keenam dengan Mark Webber dan Glock melepasinya.

Button meningkat satu lagi tempat, ke-10 dan Barrichello di tempat ketujuh.

Hamilton dan Rosberg bertukar-tukar masa terpantas tetapi ketika pusingan ke-10, pelumba Britain itu jelas 2.2 saat dan lebih 10 saat di depan Glock yang menduduki tempat keempat.

Vettel yang pertama memasuki pit ketika di tempat ketiga pada pusingan ke-17, diikuti oleh Rosberg dan Hamilton, empat pusingan kemudian.

Ia satu kemasukan semula yang buruk oleh Rosberg ketika melambung di atas garisan pit dan dikenakan penalti pandu terus hanya beberapa minit kemudian, pelumba Force India, Adrian Sutil berputar kemudian melanggar BMW Sauber milik Nick Heidfeld.

Ketika cuba berlepas semula, mereka meninggalkan litar dengan serpihan bersepah dan memaksa kereta keselamatan dikeluarkan.

Apabila perlumbaan disambung, Hamilton hanya memiliki pendahuluan 0.5 saat di depan Rosberg, diikuti Vettel, Glock dan Alonso sementara Barrichello di tempat keenam dan Button meningkat ke tempat kelapan.

Apabila Rosberg masuk untuk menjalani hukuman, kesemua 13 yang teratas meningkat satu tempat dengan pelumba Jerman itu diturunkan ke-14.

Ia mencipta adegan separuh kedua perlumbaan yang dramatik.

Hamilton dan Vettel keluar dari kelompok itu dan dengan kurang dari sesaat memisahkan mereka dan ia tampak seperti satu penyudahan yang menarik.

Namun Vettel memasuki pit semula pada pusingan ke-39 dan asakan terlalu keras untuk keluar dan pecutan di lorong pit menyebabkannya dia dikenakan satu penalti pandu terus lalu merosakkan saingan malamnya.




AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari ( ibu jari telunjuk & tengah )-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain ( krn bimbang terdedah aurat ) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Thursday, September 24, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Penamat 1-2 Brawn GP


Barrichello rapatkan jurang

MONZA: Pemandu Brazil, Rubens Barrichello memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Itali dalam penamat satu-dua untuk Brawn GP yang mengecilkan kelebihan milik rakan sepasukannya Jenson Button kepada 14 mata ketika berbaki empat saingan sebelum tamat musim.

Button kembali ke podium buat kali pertama dalam enam perlumbaan dengan kedudukan kedua, mengekori Barrichello dengan 2.8 saat, dengan Kimi Raikkonen di tempat ketiga untuk Ferrari selepas juara dunia dari McLaren, Lewis Hamilton, terbabit dalam kemalangan pada pusingan terakhir.

Barrichello kini melihat kepada prospek untuk 'pertarungan terbuka' ke atas rakan sepasukanya selepas berfungsi selaku pemandu kedua kepada Michael Schumacher untuk beberapa tahun bersama Ferrari sebelum ini.

"Saya boleh menunjukkan siapa saya sebenar. Saya akan memberi yang terbaik dan ia akan menjadi pertarungan yang baik dan sihat selepas ini," katanya.

Hamilton bermula di petak hadapan tetapi kini secara matematiknya sudah pun terkeluar daripada perebutan gelaran.

Button memiliki 80 mata berbanding 66 mata untuk Barrichello dengan pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel dan pemandu Australia, Mark Webber masing-masing memiliki 54 mata dan 51.5 mata. Hamilton memiliki 27 mata.

Webber tersingkir di pusingan pertama selepas terbabit dalam kemalangan dengan pemandu BMW Sauber, Robert Kubica ketika Vettel menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Kemenangan itu, dalam saingan strategi di antara pelumba dengan congak satu hentian pit dan yang membuat dua hentian di litar terpantas dalam F1, adalah kemenangan kedua Barrichello musim ini dan ke-11 dalam kerjayanya.






BARRICHELLO menjulang trofi selepas muncul juara GP Itali, semalam.


Tuesday, September 1, 2009

HADIAH MERDEKA


RAKYAT DIDAHULUKAN
HARGA PERTOL DIUTAMAKAN

petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92
akan dijual pada harga RM1.80 seliter
manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter




31 Ogos 2009


RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Raikkonen tawan GP Belgium




Hamilton, Button malang terbabit dalam kemalangan pada awal perlumbaan

SPA-FRANCORCHAMPS (Belgium): Kimi Raikkonen menjuarai Grand Prix Belgium untuk mencatat kemenangan sulung Ferrari pada musim Formula Satu (F1) tahun ini dalam perlumbaan yang menyaksikan pendahulu, Jesson Button, terbabas di awal pusingan.

Pemandu veteran dari Itali, Giancarlo Fisichella yang mencatat rekod untuk pasukan Force India apabila meraih petak depan, tercicir 0.9 saat di tempat kedua, bagi memberi mata pertama untuk pasukannya selepas 30 perlumbaan.

Sementara itu, pelumba Red Bull, Sebastian Vettel menidakkan usaha BMW untuk bangkit sebelum mengundur diri daripada F1 pada akhir musim ini, apabila meraih tempat ketiga hasil kebijaksanaan pasukannya ketika di hentian pit menjelang akhir perlumbaan.

"Memang ini menjadi tahun yang sukar buat kami. Kami melakukan rombakan besar di Barcelona tetapi tidak cukup dan kemenangan hari ini - suatu yang agak lama selepas gelaran juara saya sebelum ini.

“Tumpuan kini adalah memastikan saya menang satu perlumbaan dan kekal ketiga dalam senarai pengeluar. Kami masih belum pantas tetapi berjaya memastikan yang lain di belakang,” kata Raikkonen, juara 2007 dan kemenangan keempatnya di Spa sejak lima tahun.

“Sebenarnya kami lebih pantas daripada Kimi dan saya agak sedih. Kami sebenarnya mempunyai strategi hampir sama. Namun saya tetap gembira kerana meraih tempat kedua walaupun sebenarnya kami mampu menang perlumbaan ini,” kata Fisichella.

Kegagalan Button untuk mengutip mata buat pertama kali pada musim ini menyaksikan pemandu Brawn itu memiliki 16 mata di depan rakan sepasukannya dari Brazil, Rubens Barrichello yang mengutip dua mata semalam.

Insiden berlaku di selekoh lima di awal perlumbaan apabila juara bertahan, Lewis Hamilton yang memandu Mercedes, melanggar Button yang berpusing di atas litar. Kejadian itu juga menyaksikan pemandu baru, Romain Grosjean (Renault) dan Jaime Alguersuari (Toro Rosso), terpaksa melupakan perlumbaan itu.

Keputusan Grand Prix Belgium

1. Kimi Raikkonen (FIn/ Ferrari); 2 Giancarlo Fisichella (Ita/ Force India); 3 Sebastian Vettel (Ger/Red Bull); 4 Robert Kubica (Pol/BMW Sauber); 5 Nick Heidfeld (Ger/BMW Sauber)