Monday, October 19, 2009

Button juara dunia Formula 1, Webber Juara GP Brazil










SAO PAULO, Brazil – Pelumba Britain, Jenson Button muncul juara dunia kereta Formula Satu (F1) 2009 biar pun sekadar menduduki tempat kelima pada Grand Prix Brazil, semalam.

Walaupun mempunyai satu lagi pusingan di GP Abu Dhabi selepas ini, namun Button tidak mampu disekat lagi untuk menjadi pelumba ke-10 negaranya pernah mengecapi gelaran ini.

Paling manis kejayaan itu diciptanya dengan memintas satu demi satu pencabar lain selepas terpaksa bermula di petak ke-14.

“We are the champions (Kami adalah juara),” Button kedengaran menyanyi melalui tempat duduk pemandu ketika melintasi garisan penamat.

Pelumba berusia 29 tahun itu turut memberitahu BBC selepas perlumbaan: “Ia satu yang menakjubkan terutama beberapa minggu lalu. Ia satu perlumbaan paling menarik – Saya juara dunia!

“Ketika saya memasuki jentera 21 tahun lalu, saya tidak pernah terfikir untuk jadi juara dunia – tapi kita berjaya lakukan hari ini,” katanya lagi.

Hasrat rakan sepasukan Button di Brawn GP, Ruben Barrichello untuk menang di negara sendiri pula tidak kesampaian apabila menduduki tempat kelapan walaupun bermula di petak depan.

Barrichello menjadi satu-satunya pelumba yang mampu menyekat Button daripada bergelar juara dunia lebih awal di GP Brazil.

Bagaimanapun tayarnya yang pancit ketika berlumba menghalang beliau daripada meraih kemenangan di sini.

Kejayaan Button dan Barrichello itu pula cukup untuk membolehkan Brawn GP muncul juara dunia kategori pengeluar pada tahun pertama penyertaan pasukan itu dalam F1.

Turut meraikan kejayaan semalam walaupun tidak semanis Button adalah pelumba Red Bull, Mark Webber yang muncul juara GP Brazil.

Tempat kedua menjadi milik pelumba BMW-Sauber, Robert Kubica manakala Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes, ketiga.

Dalam kedudukan pelumba keseluruhan pula, berada di belakang Button selaku juara dunia yang memungut 89 mata adalah Sebastian Vettel (74 mata) diikuti Barrichello (72).

Vettel semalam menduduki tempat keempat untuk membolehkannya memintas Barrichello. Namun GP Abu Dhabi akan menentukan siapa yang berhak menjadi naib juara dunia.











Sunday, October 18, 2009

Cinta dan tawakal

Seperti orang lain, setiap kali masuk semula ke Madinah jiwa menjadi sayu, syahdu dan rindu. Tidaklah dapat digambarkan dengan bahasa dan bicara, perkataan dan tulisan. Ia satu perasaan yang menerjah ke setiap penjuru jantung dan urat nadi. Apa tidak, di sinilah tempat insan yang amat kita cintai yang namanya kita sebut saban, Muhammad SAW. Bagindalah pemimpin, baginda teladan. Kita ini rela menderita, rela dihina, rela dianiaya, rela dipersenda demi memenuhi cinta kepadanya dan agama yang dibawanya.

Kita akui jalan bagindalah jalan yang terbaik dan kita membenci setiap bidah yang cuba ditokok tambah, atau khurafat yang cuba dipalitkan kepada agama yang dibawa baginda, kerana hidup kita hanya mengiktiraf baginda sebagai rasul yang akhir.

Demikianlah Allah mengingatkan kita: (maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Surah Ali-'Imran, ayat 31).

Kata al-Hafizd Ibn Kathir (meninggal 774H): "Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad. Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwanya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hak ehwalnya seperti yang pasti dalam Sahih al-Bukhari daripada Rasulullah SAW: Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak" (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, 1/366, Beirut: Dar al-Ma'rifah).

Madinah

Walaupun Madinah telah berubah wajahnya dengan bangunan yang jauh lebih indah dan moden, tidak lagi seperti zaman baginda, namun cinta dan rindu tidak pernah dimamah sejarah dan tidak wajar berubah. Kita merindui Madinah bukan kerana bangunannya, tetapi di sinilah tempat perjuangan dan kehidupan insan yang kita cintai. Bak kata Qais yang dianggap gila kerana terlalu mencintai Laila: "Aku merentasi rumah Laila, aku mencium dinding-dindingnya, Bukanlah cintakan rumah itu merindukan kalbuku, tetapi cintakan penghuninya"

Demikian Madinah, bukan kerana ia Madinah semata-mata, tetapi kerana sejarah perjuangan yang tercatat di dadanya. Rindu dan cinta bersalut dalam jiwa apabila mengenang di sinilah bumi pengorbanan dan perjuangan Rasul yang tercinta. Namun bagaimana mungkinkah cinta dan kasih itu akan lahir jika kita tidak mempelajari dan menghayati sirah perjuangan dan pengorbanan yang agung itu?!

Seperti yang saya pernah sebutkan, hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. Namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini. Antara bekalan yang disediakan ialah solat, terutama di qiyamullail. Esakan dan tangisan rintihan di malam yang sunyi adalah nikmat yang tidak gambarkan. Airmata rintihan dan pengakuan diri di hadapan Allah atas kelemahan dan dosa, juga pemohonan atau doa agar diberikan limpah kurnia, itu semua adalah kenikmatan yang tidak dapat difahami melainkan sesiapa yang merasainya. Dalam sebak tangisan itulah insan merasai nikmat menghambakan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung.

Itulah bekalan dalam merempuh cabaran dan dugaan hidup. Demikian juga Ramadan, kedatangannya selalu memberikan kekuatan baru dalam hidup ini. Tangisan dan esakan di kesunyian malam ketika sendirian, maka tanpa riyak dan ujub, membawa kekuatan kepada diri insan dalam menerusi agenda perjalanan hidup. Begitulah juga, haji dan umrah. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada Allah, lidah yang memohon ampun dan kurnia, ia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib. Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.

Ungkapan

Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah SAW. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda SAW ajar: Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata, (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani). Setiap kali ada kesempatan yang baik, di tempat yang baik dan di waktu yang baik, saya sering mengulangnya, walaupun entah kali ke berapa seratus atau ribu sekalipun. Ya! Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku. Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku, apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.

Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!


Oleh DR. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

Thursday, October 15, 2009

Wildcard

ELLY (kiri) dan Zulfahmi Khairuddin

Sunday, October 11, 2009

PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT


Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.

Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.

Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.

Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari watu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.

Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.

Tuesday, October 6, 2009

Nation's F1 car undergoes tests

The 1Malaysia F1 team car at the Lotus base in Norfolk, England.
Fitted with Cosworth engines and Xtrac gear

Plans for debut next year on schedule


1MALAYSIA, ONE CAR: The 1Malaysia F1 team car at the Lotus base in Norfolk, England. Fitted with Cosworth engines and Xtrac gear

ALL systems are in place for 1Malaysia F1 Team to make its debut next year.

In an exclusive interview with Malay Mail yesterday, team principal Datuk Seri Tony Fernandes said the car is being tested at the Lotus base in Norfolk, England.

He said the test crash models were also being built.

Fernandes provided several exclusive pictures of the car being worked on.

“Everything is in place and we’re ahead of schedule. The car is being tested in the wind tunnel in Norfolk and things are looking great,” he said.

Fernandes, who is also the founder of low-cost airline AirAsia, confirmed the team had signed a deal with engine manufacturers Cosworth and gearbox designers Xtrac.

“Our cars will be powered by Cosworth engines while we’re working with Xtrac for the gearbox.”

Malay Mail also received the latest design progress report from MGI Motorsports. The report stated that meetings were held with bearing supplier (Cerobear) to define the front and rear wheel bearings to the design of the power steering rack and cooling system.

Fernandes, however, did not name potential drivers for the team, better known as Team Lotus in Europe.

“Yes we did interview two drivers during the Singapore GP (last month) but I can’t reveal the names,” he added.
Nevertheless, Toyota’s seasoned driver Jarno Trulli has been highly speculated to take the main seat with London-based Fairuz Fauzy being named the second driver. Trulli has a long working relationship with Lotus technical director Mike Gascoyne and the partnership could be revived.

Gascoyne is scheduled to make a pit-stop in Kuala Lumpur early next week.

“Gascoyne will help us sort out things here, including setting up the team’s base in Sepang. He will also start planning the Malaysian Motorsports Excellence Centre in Sepang.”

Fernandes said the team’s focus at the moment was ensuring the car and crew were ready for the 2010 season.

Meanwhile, there were about 6,500 applications for various positions with the F1 team — ranging from technical to human resource.

Sunday, October 4, 2009

Vettel bangkit kejar gelaran dunia

SUZUKA, Jepun - Sebastian Vettel memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun untuk kembali mencabar kejuaraan dunia manakala kelebihan Jenson Button sebagai pendahulu berkurangan kepada 14 mata ketika baki dua perlumbaan.

Kemenangan ketiga setakat ini oleh pelumba Red Bull itu membolehkan pemandu Jerman itu dipisahkan 16 mata dengan Button dari Brawn GP, yang semakin sukar untuk menghampiri kejuaraan apabila bergelut untuk menduduki tempat kelapan.

"Akhirnya kami berjaya, saya menjerit di radio... memang bagus kembali ke posisi pertama hari ini.

"Masih ada dua perlumbaan lagi. Kami datang ke sini untuk memberi saingan.

"Dengan dua baki perlumbaan, kami semakin bagus. Tugas kami sekarang adalah jelas, kami perlu mendesak diri sendiri sehingga ke tahap maksimum dan cuba untuk menang,'' kata Vettel, pelumba Jerman pertama selain daripada Schumacher yang menang tiga perlumbaan semusim.

Pencabar terdekat Button yang juga rakan sepasukannya dari Brazil, Rubens Barrichello, melintasi garisan penamat di tempat ketujuh pada perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca cerah di Suzuka.

"Saya bergelut dengan perbezaan masa yang besar, jadi ia perlumbaan yang sukar.

''Jalan untuk saya meraih lebih satu mata berbanding Jenson di sini ialah saya perlu menduduki sesi kelayakan di depannya, dan saya gembira tentang perkara itu.

"Saya perlu menang perlumbaan seterusnya (di Brazil), menang dengan perbezaan masa yang besar,'' kata Barrichello.

Pelumba Itali, Jarno Trulli di tempat kedua bersama pasukan Toyota pada perlumbaan di tempat sendiri pasukan itu, menyamai keputusan terbaik sebelum ini, manakala pelumba McLaren Lewis Hamilton ketiga, di depan pelumba Ferrari Kimi Raikkonen.

Pemandu Jerman, Nico Rosberg kelima bersama Williams, namun keputusan itu tertakluk kepada siasatan steward perlumbaan tentang kemungkinan berlaku pelanggaran ketika dia mengekori kereta keselamatan.

Jika dihukum, ia mungkin memberikan kejuaraan dua kategori pengeluar kepada Brawn GP.

Pelumba pasukan BMW-Sauber, Nick Heidfeld di tempat keenam.

"Dia (Rosberg) meraih kelebihan empat saat daripada kedudukan saya (di belakang kereta keselamatan). Kita lihat apa akan berlaku, saya meraih satu mata, mungkin juga dua,'' kata Button.

Begitu pun, Rosberg mengaku tidak bersalah.

"Saya tidak mendapat sebarang kelebihan. Kami telah membuat analisis. Ia tiada apa-apa. Saya pasti saya melakukan perkara yang memang sepatutnya saya lakukan,'' katanya kepada BBC.

Berdasarkan keputusan selepas tamat perlumbaan, Brawn GP kurang setengah mata untuk menjadi pasukan pertama yang memastikan kejuaraan kategori pengeluar pada aksi sulung mereka dalam F1.

Mereka kini mengumpul 155 mata berbanding Red Bull 120.5 mata, dengan 36 mata maksimum masih boleh dimenangi.

Button sepatutnya dinobat juara dunia jika dia meraih lebih lima mata berbanding Barrichello, namun itu tidak menjadi kenyataan sejak kelmarin lagi apabila kedua-dua pelumba dikenakan penalti lima petak ke kebelakang.

Peluangnya terus pudar apabila dia menamatkan pusingan pertama perlumbaan di tempat ke-11, namun dia memintas pelumba BMW-Sauber Robert Kubica.

Button 'dianugerahkan' dua tempat di depan apabila pelumba McLaren, Heikki Kovalainen dan Force India, Adrian Sutil berlanggar di depannya.

Vettel selesa mendahului dari petak pertama, namun kelebihannya terganggu seketika apabila kereta keselamatan memasuki litar ketika babak akhir perlumbaan apabila pelumba Toro Rosso Jaime Alguersuari kemalangan dan keadaan itu berterusan sehingga empat pusingan terakhir.




SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT?


Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:

ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

ASNAF RIQAB
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.


ASNAF GHARIMIN
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

ASNAF FISABILILLAH
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untukmenegakkan syiar Islam.

ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
Pengembaraan diharuskan oleh syarak.