SAO PAULO, Brazil – Pelumba Britain, Jenson Button muncul juara dunia kereta Formula Satu (F1) 2009 biar pun sekadar menduduki tempat kelima pada Grand Prix Brazil, semalam.
Walaupun mempunyai satu lagi pusingan di GP Abu Dhabi selepas ini, namun Button tidak mampu disekat lagi untuk menjadi pelumba ke-10 negaranya pernah mengecapi gelaran ini.
Paling manis kejayaan itu diciptanya dengan memintas satu demi satu pencabar lain selepas terpaksa bermula di petak ke-14.
“We are the champions (Kami adalah juara),” Button kedengaran menyanyi melalui tempat duduk pemandu ketika melintasi garisan penamat.
Pelumba berusia 29 tahun itu turut memberitahu BBC selepas perlumbaan: “Ia satu yang menakjubkan terutama beberapa minggu lalu. Ia satu perlumbaan paling menarik – Saya juara dunia!
“Ketika saya memasuki jentera 21 tahun lalu, saya tidak pernah terfikir untuk jadi juara dunia – tapi kita berjaya lakukan hari ini,” katanya lagi.
Hasrat rakan sepasukan Button di Brawn GP, Ruben Barrichello untuk menang di negara sendiri pula tidak kesampaian apabila menduduki tempat kelapan walaupun bermula di petak depan.
Barrichello menjadi satu-satunya pelumba yang mampu menyekat Button daripada bergelar juara dunia lebih awal di GP Brazil.
Bagaimanapun tayarnya yang pancit ketika berlumba menghalang beliau daripada meraih kemenangan di sini.
Kejayaan Button dan Barrichello itu pula cukup untuk membolehkan Brawn GP muncul juara dunia kategori pengeluar pada tahun pertama penyertaan pasukan itu dalam F1.
Turut meraikan kejayaan semalam walaupun tidak semanis Button adalah pelumba Red Bull, Mark Webber yang muncul juara GP Brazil.
Tempat kedua menjadi milik pelumba BMW-Sauber, Robert Kubica manakala Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes, ketiga.
Dalam kedudukan pelumba keseluruhan pula, berada di belakang Button selaku juara dunia yang memungut 89 mata adalah Sebastian Vettel (74 mata) diikuti Barrichello (72).
Vettel semalam menduduki tempat keempat untuk membolehkannya memintas Barrichello. Namun GP Abu Dhabi akan menentukan siapa yang berhak menjadi naib juara dunia.

No comments:
Post a Comment