Thursday, July 17, 2008

Luangkan masa sebanyak mungkin baca dan memahami Ayat Suci Al-Quran


SESIAPA yang membaca al-Quran akan diberikan pahala mengikut setiap huruf dibacanya. Jika seseorang membaca ayat di permulaan surah al-Baqarah ganjaran pahala diterima adalah mengikut setiap huruf, bukannya berdasarkan jumlah ayat.Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umat Islam supaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.Baginda juga menggesa sahabat supaya meluangkan masa sebanyak mungkin membaca dan memahami al-Quran. Antaranya baginda menyarankan supaya menghabiskan seluruh kandungan al-Quran dalam masa tiga hari.Umat Islam juga disarankan tidak terlalu lama menghabiskan bacaan al-Quran dan sebaik-baiknya hendaklah dihabiskan dalam masa seminggu.Sahabat ternama seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa seminggu. Mereka menggunakan kaedah seperti berikut:


· Malam Jumaat, membaca surah al-Baqarah hingga surah al-Maidah.

· Malam Sabtu, membaca surah al-An’am hingga surah Hud.

· Malam Ahad, membaca surah Yusuf hingga surah Maryam.

· Malam Isnin, membaca surah Toha hingga surah al-Qasas.

· Malam Selasa, membaca surah al-Ankabuut hingga surah Sad.

· Malam Rabu, membaca surah surah at-Tanzil hingga surah ar-Rahman.

· Malam Khamis, membaca surah al-Waqiah hingga surah an-Nas.Selain itu umat Islam disarankan membaca surah tertentu sebagai ulangan pada setiap hari iaitu surah Yasin, ad-Dukhan, al-Waqi’ah dan al-Mulk serta ditambah surah al-Kahfi dan Ali-Imran pada malam Jumaat.
Waktu utama membaca al-Quran ialah ketika dalam solat pada waktu malam, separuh akhir malam dan selepas Subuh.Hadis nabi bermaksud: “Sesiapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredaan Allah, tiba-tiba dipelajarinya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.”

No comments: