MELBOURNE: Jenson Button memenangi perlumbaan pembukaan musim Formula Satu Grand Prix Australia, bagi memberikan Brawn GP kejayaan dalam perlumbaan pertama mereka.
Button mendahului dari awal hingga akhir, menewaskan rakan sepasukan, Rubens Barrichello dan pelumba Toyota, Jarno Trulli dengan perlumbaan berakhir diiringi kereta keselamatan berikutan kemalangan pada lewat aksi.
Namun juara dunia, Lewis Hamilton yang berada di tempat keempat, naik satu kedudukan selepas penamat tempat ketiga Trulli dibatalkan oleh pengawai perlumbaan. Barrichello bangkit daripada permulaan perlahan ketika Trulli menampilkan persembahan cemerlang ketika bermula pada lorong pit.
Ia adalah kali pertama sejak 1977 sesebuah pasukan memenangi perlumbaan pada kemunculan pertama F1 dan hanya kemenangan GP kedua buat Button, yang berada pada tahun ke-10 F1.
Kemenangan itu melengkapkan perubahan nasib buat bekas pasukan Honda itu yang berada dalam bahaya untuk lenyap apabila pengeluar kereta Jepun menarik diri daripada F1.
Prinsipal pasukan, Ross Brawn mengambil alih pasukan, yang mendapat manfaat besar daripada program pembangunan 2009 oleh bekas pemiliknya tahun lalu.
“Ini adalah penamat kisah dongeng bagi perlumbaan pertama,” kata Button. “Ada orang kata ia adalah sesuatu yang malang perlumbaan berakhir di belakang kereta keselamatan tetapi saya tidak kisah, saya menang perlumbaan dan itu saja yang saya peduli.”
Menyuntik lagi semangat kepada Brawn GP adalah dengan mengetahui bahawa tiga pemenang GP Australia sebelum ini, akhirnya muncul juara dunia.
Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel dan Robert Kubica dari BMW bertembung ketika berada di tempat kedua dan ketiga dengan baki empat pusingan bagi menamatkan perlumbaan dan memaksa kereta keselamatan dikeluarkan.
Buat tahun kedua berturut-turut, Ferrari menamatkan musim tanpa mata pada pembukaan musim. Felipe Massa berada di tempat ketiga sebelum mengalami masalah pada pusingan 45, tiga pusingan selepas Kimi Raikkonen terbabas.

No comments:
Post a Comment