Monday, December 29, 2008

Kadang-kadang bukan mudah untuk kita faham orang lain.

Apa yang orang buat, kenapa dia buat macam tu dan apa yang dia fikirkan dengan berbuat begitu ada ketikanya sukar untuk kita faham.

dan ini akan mengundang penilaian yang tidak tepat - terutamanya kalau orang itu kita tidak kenal atau kita tidak tahu. penilaian yang tidak tepat itu adakalanya cenderung kepada penilaian yang buruk - terutamanya kalau tindakan orang lain yang sukar difahami itu mengganggu urusan hidup kita.

tetapi, kalau orang itu kita amat kenal atau kita tahu, penilaian yang tidak tepat itu adakalanya cenderung kepada penilaian yang akan merenggangkan perhubungan - terutamanya kalau tindakan orang itu membuatkan segala perancangan masa depan menjadi sukar disebabkan segala perancangan sepatutnya dilakukan seiring dan bersama-sama.

kadang-kadang adalah lebih baik jangan cuba memahami orang lain. biarlah dia dengan hidup dia. asalkan dia dan kita bahagia. tangan kiri yang patah tak semestinya tak boleh sembuh, ianya perlu dibalut dan diubati supaya boleh membantu tangan kanan kembali bekerja. carilah pengganti atau teruskan perjalanan tanpa orang itu supaya segala perancangan dapat dilaksanakan biarpun tanpanya.

p/s: lembaga pengarah kenalah rancang segala misi dan visi tanpa orang itu. untuk orang itu didoakan agar lebih cemerlang dalam impiannya. bagi aku, semua orang dan aku sendiri perlu HIJRAH untuk lebih berjaya dimasa-masa akan datang. Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1430.

1430 HIJRAH


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

"Menjana Ummah Gemilang"

Thursday, December 25, 2008

Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidiladha

PENGORBANAN HANYA SEKALI DALAM HIDUP!!!



Korban


Terkorban

Thursday, December 4, 2008

“Hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis”

Diterbitkan pada 30 Nov 08 (Mingguan Malaysia)

HARI ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis.
Insya-Allah, pada pukul 10.45 pagi esok saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal. Saya akan menyempurnakan – dengan izin Allah – kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.

Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi. Pada hari saya dijemput ke Perlis untuk menjadi mufti, saya berfikir panjang apakah yang mampu untuk saya lakukan mengenai perubahan kefahaman dan minda rakyat.

Mampukah saya menghadapi corak warna yang sukar diubah yang menguasai suasana? Beberapa hari selepas tawaran itu datang, Ramadan menjelang. Saya yang teramat lemah dan kerdil ini mengambil kesempatan dari dataran Ramadan yang penuh rahmat memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dan kemampuan agar saya mampu melakukan sesuatu. Selepas Ramadan, saya menerima tugas sebagai Mufti Perlis dan cuba melakukan tanggungjawab yang saya percaya saya patut lakukannya.

Bermula pada saat itu, saya belum berehat menghadapi berbagai-bagai isu yang saya utarakan atau yang muncul dalam masyarakat. Atas slogan: “Kembalikan imej Islam”, “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah”, “Islam memusuhi kebodohan”, saya berkuliah di sana-sini, berucap dalam berbagai-bagai majlis, membentangkan kertas kerja, memberikan pandangan yang pelbagai di media, memenuhi berbagai-bagai rancangan televisyen, menghadiri pelbagai dialog, menulis sekitar lebih 100 artikel yang melahirkan berbagai-bagai diskusi sepanjang dua tahun, menghasilkan buku, membuka laman web yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berunding dan berbincang dengan pelbagai pihak, pertubuhan, artis, pelajar dan lain-lain.

Namun saya terus yakin, masih ada ruangan baki tenaga yang barangkali saya belum gunakan sepenuhnya. Ada waktu saya terbuang kerana bersembang dan ceria bersama rakan dan sahabat yang kadang-kala mengambil masa yang lebih daripada yang patut. Ada juga ruang waktu santai yang kadang-kala mungkin boleh untuk dikurangkan. Pun begitu dalam tempoh dua tahun itu saya juga beberapa kali demam yang disebabkan lebihan bebanan kerja. Memerah otak lebih penat daripada memerah tenaga. Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan juga, sokongan Kerajaan Perlis yang lepas dan Istana Perlis yang memberi ruang serta tidak pernah mengongkong saya adalah antara faktor yang melancar segala usaha.

Merubah bukit dan gunung kadang-kala lebih ringan dari merubah minda manusia yang berakar umbi sekian lamanya. Bukit dan gunung jika diubah tidak akan bercakap, tetapi manusia jika kita ingin mengubah mindanya yang patut diubah, jika mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menolak, tetapi merencana untuk bertindak dan kita akan menghadapi padahnya. Bukit dan gunung tidak akan berdusta dan membuat cerita bohong mengenai kita, tetapi manusia yang tidak bersetuju akan melakukannya. Bukit dan gunung tidak akan hasad dengan kita, tetapi manusia jika dia hasad, segala kejadian dan cerita luar biasa akan tercetus.

Apapun saya rasa perubahan – alhamdulillah – telah berlaku dalam tempoh tersebut. Pelbagai lapisan rakyat yang berjumpa saya menyatakan sokongan. Ribuan e-mel sokongan diterima. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang memusuhi, prejudis dan menganggap saya mengganggu periuk nasi dan kerusi empuk mereka yang selesa terutama sebilangan mereka yang berjawatan dalam agama dan politik.

Singkat

Dua tahun memanglah singkat. Hari ini saya telah menamatkan pusingan dan tugasan tersebut. Kepada Allah saya serahkan; agar diampunkan kelemahan dan diberi pahala jika ada kebaikan. Siapalah insan yang kerdil dan daif seperti saya untuk merasai diri telah menyempurnakan tugas. Bahkan saya yakin, masih ada ruangan yang patut saya sempurnakan, namun saya tidak memenuhinya. Maka apabila saya ditanya oleh wartawan yang pelbagai: “Apakah Dr. berpuas hati dengan misi yang dilakukan sepanjang dua tahun ini?” Jawapan saya, tentulah “tidak”. Saya mengharapkan Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya.

Saya teringat Rasulullah SAW yang amat sempurna itu. Dalam khutbah baginda pada Hari Hajjatul Wada’, baginda bertanya lautan para sahabat yang hadir tentang tugasan yang telah dilakukan baginda. Baginda bersabda: “Kamu akan ditanya (oleh Allah) mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab?” Kata mereka: “Kami menyaksikan bahawa engkau telah menyampaikan, telah menunaikan, dan telah menasihati”. Lalu baginda mengangkat jari telunjuk ke langit dan kemudian ke arah orang ramai dan bersabda: “Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali. (Riwayat Muslim). Demikian seorang nabi yang penuh amanah menunaikan tanggungjawab, menyampaikan kebenaran dan menasihati umat, pun begitu masih inginkan kepastian dan kepuasan perasaan dengan bertanyakan orang ramai tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh dirinya yang mulia. Siapalah kita di hadapan semua ini.

Mengubah minda dan pemikiran bukan kerja mudah. Ia memerlukan masa dan kesungguhan. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesabaran dalam menghadapi ujian dan harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud ra: “Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?” Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq – lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26).

Ini realiti kita sebenarnya. Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukar hendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar. Lalu pendapat golongan agama, sekalipun tidak menepati nas tetap dimaksumkan. Contohnya seseorang tidak membeza antara perkahwinan yang sah, dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh Pejabat Agama. Seperti cerita seorang kadi yang enggan mengesahkan perkahwinan yang diuruskan oleh kadi lain kerana pasangan tersebut menjemput kadi luar kawasan. Padahal Rukun Nikah sudah dipenuhi; ada pasangan, wali, saksi dan akad. Namun kerana fulus pendaftaran tidak sampai ke tangan kadi kawasan, maka pasangan itu selama beberapa tahun terpaksa merayu sijil nikah mereka. Menderitalah mereka dalam tempoh tersebut, lalu ada yang menganggap perkahwinan mereka tidak sah.

Sama seperti perkahwinan di luar negara, bukan tidak sah tetapi tidak diiktiraf oleh kerenah birokrasi agama di Malaysia. Begitu juga dalam hal-hal lain termasuk ibadah. Berapa banyak perkara adat Melayu disangka ajaran Islam sehingga jika kita berbeza kita akan dituduh dengan berbagai- bagai perkara. Demikian juga kita kekurangan tokoh yang amanah tetapi ramai pula yang hendak jadi ahli politik. Seterusnya betapa ramai para pembaca al-Quran atau penceramah dalam kalangan kita, tetapi sedikit pula yang benar-benar memahami hakikat Islam yang dihantar kepada umat manusia. Akhirnya kita gagal menampilkan imej Islam yang indah seperti yang diperjuangkan oleh baginda Nabi SAW. Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas‘ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Pelbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir.

Saya yang maha lemah ini mencuba untuk memberikan pandangan dan pemikiran agar Islam dan umat Islam dalam negara ini dapat terus tampil relevan terutama dalam menghadapi perubahan zaman. Saya bukan tidak menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi kita perlukan kematangan dalam membimbing umat dan menghadapi zaman. Di samping fatwa yang ada, cubalah juga berikan fatwa yang dapat membangkitkan umat seperti memfatwakan berdosa umat Islam di negara ini membiarkan ekonomi dikuasai orang lain.

Alhamdulillah, media seluruh negara begitu baik membantu saya. Antara yang paling utama ruangan Pena Mufti ini telah dibaca oleh pelbagai pihak. Saya mendapat sahabat yang ramai kerana ruangan ini, termasuklah Tun Dr. Mahathir dan berbagai-bagai tokoh besar lain. Ribuan e-mel dan surat sokongan saya terima daripada rakyat Malaysia dalam dan luar negara, Muslim dan bukan Muslim. Juga para pembaca dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Media-media luar juga sering menemuramah saya. Di mana saya pergi alhamdulillah, pelbagai lapisan menyatakan sokongan.

Prejudis

Walaupun pada peringkat awal banyak yang prejudis, namun anjakan masa dan perubahan hari telah membawa sebahagian besar mereka dapat menerima bahawa idea dan pandangan yang dikemukakan itu di luar dari daerah kepentingan mana-mana individu atau pihak. Namun saya tahu yang menolak terus menolak. Saya masih ingat, apabila RTM membuat wawancara khas secara langsung dengan saya yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar, apabila saya hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan, pengerusinya seakan mengadakan sidang mahkamah khas mempertikai apa saya kemukakan.

Namun kerana masa itu saya masih awal sebagai mufti, saya enggan mengambil langkah bertegang. Bukan sedikit selepas itu pelbagai fitnah datang daripada mereka yang memegang ‘jenama agama’. Ada yang tuduh saya tumbuk imam di Perlis, ada yang kata Amerika bantu. Ada yang ‘sepangkat’ dengan saya dalam ceramahnya menceritakan bahawa saya pergi New Zealand keluar bas tidak pakai songkok dan naik bas terlewat. Itu memang benar, namun saya pasti apakah itu perlu dimasukkan ke dalam isi ucapan?

Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa Ph.D saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberi pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal Ph.D yang ditulis dalam Bahasa Arab itu dicetak oleh UIAM, dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon. Saya malas hendak melayan itu semua dalam kesibukan mengejar waktu. Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah di negeri mereka.

Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Jakim pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwa, walaupun mufti negeri lain dilantik. Saya menerima itulah realiti perjuangan dengan senyuman dan tidak kecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulama terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu.

Saya teringatkan kata-kata Za‘ba dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri yang Prof Diraja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca. Antara katanya yang pernah saya petik dahulu: “Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu – kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandaimandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).
Saya telah mencuba dalam masa dua tahun yang lepas. Terserah kepada rakyat menilainya. Jika ia tidak berjaya pun, saya mengharapkan Allah memberikan saya pahala. Ya! Ratusan e-mel saya terima membantah keputusan saya tidak mempertahankan jawatan mufti ini. Sehingga ada yang menulis “Selama ini saya amat menyanjungi kebijaksanaan tuan mufti, tetapi saya yakin tindakan tuan berhenti adalah merupakan keputusan yang silap, atau tuan mungkin tidak lagi memikirkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini lagi. Maafkan saya!” Saya ingin katakan, saya akan terus berfikir untuk itu, bahkan saya akan cuba mewakafkan hidup untuk perjuangan yang panjang ini.

Saya bukan lari meninggalkan medan perjuangan, tetapi saya insya-Allah akan pulang dengan kekuatan yang baru. Rakyat Perlis bersalam dengan saya pada Jumaat lepas dengan kesedihan dan tangisan. Saya bersyukur saya meninggalkan jawatan dengan penuh senyuman dan persahabatan. Sekurang-kurangnya mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia.

Sunday, November 30, 2008

Kata orang cinta tidak boleh dipaksa.

Kalau suka cakap suka. Kalau tak suka cakap tak suka. Kalau suka jangan pura-pura buat tak suka. Kalau tak suka jangan buat pura-pura suka.


Kononnya cinta itu terjadi sendiri. sebab itu ada orang percaya kepada dewa cinta - digambarkan oleh orang-orang di negara barat sebagai bayi berkepak yang mempunyai busur. diceritakan bahawa cinta akan berputik apabila seorang lelaki dan seorang perempuan terkena anak panah dewa cinta ini. walaupun tidak pernah kenal atau tidak pernah ada minat antara satu sama lain, kalau sudah terkena panahan dewa cinta ini, kedua-duanya akan dilamun cinta. kemudian terjadilah adegan tidur tidak lena, mandi tidak basah dan makan tidak kenyang.

Ada orang percaya cinta itu sudah ditakdirkan. istilahnya jodoh - mesti ada seorang wanita dilahirkan untuk seorang lelaki di dunia jadi. cuma masa sahaja yang dapat memberitahu bila kedua-dua mereka ini akan bertemu. dan cuma masa sahaja akan dapat memberitahu bagaimana kedua mereka ini akan bertemu. sebab itu kita ada istilah cinta pandang pertama - sekali jumpa terus jatuh hati. kita kata itu cinta pandang pertama tapi sebenarnya ia sudah ditakdirkan. begitu juga dengan pengantin yang tidak seperti pinang dibelah dua. kita kata itu pasangan pinang tak dibelah dua tapi sebenarnya itu sudah jodoh - takdir Tuhan bukan untuk dijadikan bahan gelak ketawa.

Jika sudah ada dewi cinta dengan panah ajaibnya, mengapa masih ada bujang lapok? jika sudah ditakdirkan ada pasangan, mengapa masih ada andartu?

Kata orang cinta tidak boleh dipaksa tetapi untuk mencari cinta, kadang-kadang kita kena juga memaksa. menunggu sahaja di depan pintu tidak akan menemukan kita dengan cinta. hidup bersahaja sambil mengharapkan kalau-kalau di tengah jalan boleh ketemu cinta pandang pertama tidak akan membuahkan cinta.

Kadang-kadang kita mesti memaksa diri untuk mencuba. kalau kita suka tetapi orang yang kita suka itu kata tidak suka, jangan terus habiskan niat itu di situ sahaja. sukan besbol pun ada tiga peluang sebelum diberikan strike. sesekali kita mesti memaksa diri kita untuk mencari. walaupun cinta tidak dijual di kedai basikal jauh sekali dijual timbang kilo di pasaraya hiper, cinta akan datang kalau kita ada usaha pergi mencari.

Asalkan kita mahu bercinta, sesekali memaksa diri apa salahnya. begitu juga kalau nak jadi pandai.

Kadang-kadang kita rasa kita dilahirkan semulajadi tidak pandai. ambil apa-apa periksa pun mesti markah corot. diajar macam-macam dalam kelas, keluar kelas habis semua lupa. orang lain buat pengamiran sambil tutup mata, kita sifir enam pun tak berapa nak ingat.

Tapi kalau kita mahu jadi pandai, kadang-kadang kita kena paksa diri sendiri. kalau orang lain baca sekali sudah boleh ingat tapi kita baca sekali langsung tak ingat, kita kenalah baca banyak-banyak kali. kalau orang lain boleh buat kira-kira pakai congak tapi kita sifir pun tak habis hafal, kita kenalah cari alat-alat yang boleh menolong kita membuat kira-kira. misalnya cari kalkulator, sempoa atau memakan kismis - kata orang makan kismis boleh menguatkan daya ingatan.

Tapi kalau kita sudahlah tidak mahu jadi pandai, tidak mahu memaksa diri pula itu maka kita akan jadi apa yang kita jadi sekarang - mungkin lebih teruk.

Pandai tidak ada dewa pandai yang akan memanahkan sesiapa yang bengap. pandai pada orang-orang tertentu sahaja sudah ditakdirkan. pandai bagi kebanyakan orang datang dengan usaha.


* di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. di mana ada sayang, di situ ada cinta:)

Wednesday, November 12, 2008

ini adalah dunia; manusia berperang untuk mendapat kuasa.

Di kalangan manusia-manusia ini akan ada seorang ketua; kadang-kadang di dalam gelaran raja. perang ini berpunca dari ketua inilah tetapi kadangkala, bukan dia yang berada di medan perang. dia hanya berkata 'saya mahukan itu' dan 'saya mahukan ini'. orang lain yang akan melakukan kerja-kerja itu untuk dia. dia hanya akan melihatnya dari jauh. barangkali dia tidak tahu apa-apa tetapi dia ada kuasa. dan perang terjadi kerana dia mahukan lebih kuasa.

manusia-manusia yang akan melaksanakan arahan ketua ini ada bermacam jenis tetapi yang paling menonjol ada dua - memanda menteri dan penglima agung.

memanda menteri tugasnya merancang strategi dan menasihatkan ketua. biasanya manusia ini adalah dari jenis yang bijaksana dan penuh muslihat. bijaksananya jauh melebihi ketua dan tipu muslihatnya membolehkan perang dimenangi tanpa perlu menumpahkan darah. walaupun fikirannya tajam dan otaknya bergeliga, kekuatan fizikalnya boleh dipertikaikan. seperti juga raja, memanda menteri jarang menyertai peperangan.

ini adalah kerana yang akan melaksanakan strategi itu ialah panglima agung - orang yang berfizikal besar dan biasanya ganas. dinamakan panglima adalah kerana dialah yang akan melakukan aktiviti berperang. agung itu adalah kerana dia seperti tidak terkalahkan. panglima agung ini juga adalah manusia yang paling berpengaruh di medan perang sehinggakan jika dia membunuh atau dibunuh, ini akan menentukan keputusan peperangan.

seagung manapun panglima ini, dia tidak akan berperang keseorangan. ini kerana dia akan mengetuai satu kumpulan askar atau tentera. askar ini adalah panglima versi kurang pengalaman perang dan kurang ganas. walaupun mereka ada kemahiran, tindakan mereka ditentukan oleh panglima. ada juga dari golongan askar ini membuat tindakan mereka sendiri tetapi kebanyakan mereka akan pulang dengan tidak bernyawa.

satu golongan lagi ialah bidak atau orang awam. bidak ini boleh menjadi mangsa atau dikerah menjadi askar. bidak juga bole menjadi badut di medan perang. adakalanya, bidak inilah orang yang paling bodoh di medan perang.




MSG DITERIMA :Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan Negeri berhubung perlantikan ******** ****** ************* ******* ****** akan diadakan pd 11 Nov 2008 hari selasa jam 2.30 ptg di bilik tun perak, aras 4 seri negeri a.keroh,tuan dipinta hadir untuk beri taklimat jika diperlukan,surat panggilan akan disusuli kemudian,terima kasih

(bedebar & resah nak present kat CM Melaka ni, competitor hebat2 belaka, datuk zul dari menara kl dan satu company yg sgt dikenali tetapi dirahsiakan setakat hari ini... lega dah setel... harap2 dpt lock pojek ni )

Monday, November 3, 2008

Kadang-kadang kita tidak akan mengerti dengan apa yang tuhan buat


Kita tahu kita bukan insan yang istimewa; jauh sekali insan yang terpilih, tetapi kadang-kadang tuhan menempatkan kita di kalangan orang yang 'ada otak tapi tidak tahu berfikir' dan orang yang 'tidak ada otak langsung'.

menuding jari kepada 'kambing hitam' selalunya tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah; malah memburukkannya lagi. tetapi kadang-kadang kita tidak dapat mengelak untuk berkata 'ini semua kau punya pasal'; terutamanya bila kita yang terpaksa menanggungnya.

kita marah, kita benci, kita tidak suka dengan orang yang memberikan kita masalah itu, tetapi tuhan sering sahaja menyorokkan orang kita setiap kali marah kita sudah sampai ke kemuncak.

kebarangkalian pertama saya tidak akan menjadi seorang pembunuh. ada sesetengah salah yang orang buat elok sahaja kita serah kepada tuhan untuk menjatuhkan hukuman. kebarangkalian kedua saya bukan seorang hulk. kalau saya menumbuk dinding, ia hanya akan melukakan tangan saya kembali dan bukannya melubangkan dinding. tapi seorang manusia yang diberikan tuhan bermacam-macam emosi. salah satu daripadanya ialah marah.

hidup kita ini tidak selalunya indah. adakalanya kita didatangi kesusahan. tetapi kadang-kadang di kala kita didatangi kesusahan itu, tuhan mendatangkan lagi banyak dugaan.

tidak tahu apa-apa boleh belajar. tidak ada sesiapa yang boleh menolong boleh 'belajar' sendiri. tidak cukup masa boleh bekerja 24 jam. itu kalau semuanya berjalan lancar. kita hendak belajar ada orang yang hendak mengajar. kita mencari dan bertanya, kita boleh jumpa apa yang kita cari. dengan bekerja 24 jam kita boleh siapkan tepat pada masanya. tetapi adakalanya semua apa yang kita usahakan tidak 'hidup bahagia selamanya' seperti di dalam buku dongeng kanak-kanak.

katalah ia bukan tindakan yang betul; jauh sekali bijak tetapi adakalanya kita fikir elok sahaja kita tinggalkan semua urusan kita di dunia ini. kita telah menanggung kesusahan untuk sekian lama jadi sudah masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal. tetapi tuhan tidak pula mencabut nyawa itu daripada kita.

apa-apa pun yang tuhan lakukan kepada kita, kita mesti percaya kepada satu perkara - tuhan tidak akan menzalimi kita.

kejayaan sama seperti permainan bolasepak - ia tidak dimenangi secara berseorangan.

apa yang tuhan buat adalah bukan urusan kita untuk tahu. apa yang kita perlu buat ialah percaya kepada tuhan dan buat apa yang patut.

Hamilton Juara Dunia Termuda ketepi Massa juarai Formula Satu



SAO PAULO: Lewis Hamilton mengakui dia masih tidak percaya menjadi pelumba termuda menjuarai Formula Satu (F1) dalam persaingan sengit di Grand Prix Brazil, awal pagi tadi.

Berusia 23 tahun, pemandu McLaren Mercedes dari Britain itu hanya merebut tempat kelima, sekali gus membolehkannya menjuarai F1 musim 2008.


Perlumbaan agak dramatik apabila hampir dua pertiga pusingan Hamilton berkedudukan selesa di tempat keempat tetapi hujan pada lima pusingan terakhir menyaksikan dia ketinggalan di tangga keenam.

Ketika saingan terdekatnya Felipe Massa daripada Ferrari hampir meraikan kejuaraan, apabila dari awal berjaya memecut laju mengetuai perlumbaan sehinggalah muncul juara.

Namun, hujan secara tiba-tiba dengan tayar kereta Hamilton kurang mencengkam menyebabkan dia dipotong oleh Sebastien Vettel di kedudukan keempat dan Timo Glock di tempat kelima

Bagaimanapun di selekoh terakhir di garis penamat, tiba-tiba Glock yang memandu Tayota, memperlahankan kenderaannya selepas berdepan masalah tayar bagi membolehkan Hamilton memintas untuk kedudukan kelima.

Pada awalnya, Hamilton tidak berapa pasti dia memenangi juara dunia F1 di depan lebih 100,000 penonon di Litar Interlagos yang amat mengharapkan pelumba negara itu, Massa meraih gelaran itu.


Keputusan Grand Prix Formula Satu (F1) Brazil:

1. Felipe Massa (BRAZIL/Ferrari) 1:34:11.435
2. Fernando Alonso (SEPANYOL/Renault) 13.298
3. Kimi Raikkonen (FINLAND/Ferrari) 16.235
4. Sebastian Vettel (JERMAN/Toro Rosso) 38.011
5. Lewis Hamilton (BRITAIN/McLaren) 38.907
6. Timo Glock (JERMAN/Toyota) 44.368
7. Heikki Kovalainen (FINLAND/McLaren) 55.074
8. Jarno Trulli (ITALI/Toyota) 1:08.463
9. Mark Webber (AUSTRALIA/Red Bull) 1:19.666
10. Nick Heidfeld (JERMAN/BMW Sauber) 1 pusingan - afp

Saturday, November 1, 2008

Petrol, Diesel Turun Lagi 15 Sen Seliter


PUTRAJAYA: Kerajaan petang semalam mengumumkan penurunan kali keempat bagi harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa hari ini. Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Tuesday, October 28, 2008

Deepavali


Happy Deepavali

Saturday, October 25, 2008

Kalau hari ini kita sudah berjaya.........


Kalau hari ini kita sudah berjaya, kadang-kadang kita lupa apa yang kita dah buat semalam. kalau hari ini kita gagal, kadang-kadang kita tak ingat apa yang dah kita buat semalam.

Kata orang kalau nak berjaya, jalan terus sahaja ke hadapan. lupakan apa yang dah kita tinggal di belakang. menolehlah kalau mahu tapi jangan sekali-kali berundur.

Kata bijaksana - yang di hadapan ialah masa depan. yang di belakang itu kita panggil sejarah.

Kadang-kadang orang tak suka dengan masa depan. sebabnya tidak tahu apa yang boleh diharapkan. juga kadang-kadang masa depan menjanjikan kehidupan yang palsu. siapa yang boleh tahu dia akan masih hidup untuk sehari yang akan datang?

Kerana itu kebanyakan orang menghargai masa semalam. kalau bukan kerana apa yang kita buat semalam, kita tidak akan berjaya hari ini. kalau bukan kerana apa yang kita buat semalam, kita tidak akan gagal hari ini.

Untuk itu kebanyakan orang memperuntukkan ruang yang khusus untuk menghargai masa semalam ini. ia dipanggil memori. kadang-kadang dipanggil kenangan. gunanya untuk mengingat di kala kita lupa dan menggembirakan di kala kita sedih.

Ada seseorang mencadangkan kepada saya sedikit masa dahulu untuk mengamalkan program penghargaan diri sendiri.

Contoh yang diberi (jika saya masih ingat dengan betul) ialah beli televisyen apabila putus cinta. gayanya seperti merayakan sesuatu yang menyedihkan tetapi ia sebenarnya satu bentuk penghargaan juga. biasanya bila seseorang itu putus cinta, dia akan mengurungkan diri di dalam bilik dan membasahi bantal dengan air mata. mungkin juga ada yang bertindak nak bunuh diri. orang-orang yang semacam ni memang tak perlu dihargai; elok dihargai dengan pelempang sahaja. dunia tidak kiamat hanya kerana kita putus cinta.

Tetapi bagi orang yang masih boleh meneruskan hidup dengan normal walaupun baru aje putus cinta, elok benar jika diberi hadiah. disebabkan baru lepas putus cinta, jangan harap bekas pakwe/makwe akan kasi hadiah. elok sahaja dibeli sendiri. sebab itulah ia dinamakan program penghargaan diri sendiri. sendiri dapat susah, sendiri dapat senang balik dan sendiri kasik hadiah pada diri sendiri.

Ramai orang suka dapat hadiah pada hari-hari yang dia gembira. misalnya pada hari jadi atau hari dinaikkan pangkat. dan orang juga akan hanya beri hadiah pada hari-hari yang macam ni. jarang orang dapat dan beri hadiah pada hari-hari yang dia sedih. dan jarang juga orang akan dapat dan beri hadiah pada hari-hari yang dia susah.

Sepatutnya kita mesti dihargai bukan hanya pada masa kita senang atau gembira. kita mesti juga dihargai pada hari kita susah atau sedih. bukan kesedihan atau kesusahan itu yang dihargai tetapi ketabahan dan kesabaran. dan siapakah orang yang terbaik untuk menilai kesabaran dan ketabahan seseorang melainkan dirinya sendiri.

Dalam hal penghargaan juga, jika yang akan menerimanya adalah diri sendiri juga, terpulanglah kepada diri sendiri yang menentukan. saya berpendapat membeli televisyen ketika putus cinta adalah sedikit tidak masuk akal tetapi itulah hadiah yang kawan saya tadi hadiahkan kepada dirinya sendiri. dia ada sebabnya sendiri untuk memilih hadiah yang itu. asalkan bahagia.

Di dalam hidup, kita jarang menghargai apa yang kita ada. biasanya kita lebih berminat dengan apa yang orang lain ada dan adalah menjadi cita-cita untuk kita memperolehi apa yang orang lain ada. di samping itu, kita juga ada perasaan untuk memiliki sesuatu yang orang lain tidak miliki. kerana dengan yang demikian, orang akan memandang kita dengan kekaguman.

Kerana itulah di dalam piala dunia kita melihat dua puluh dua orang berebutkan sebiji bola. bukan kerana mereka tidak berkemampuan untuk memiliki sebiji bola sendiri.

Tidak ada cara yang pasti untuk mencapai kejayaan. adakalanya; setelah berusaha bersungguh-sungguh, mengikut segala panduan yang diberi, memberi tumpuan seratus-peratus dan melakukan apa juga cara, kita masih juga tidak mendapat kejayaan. sebaliknya ada yang berusaha lebih kurang, tidak mengikut caranya yang betul dan kurang tumpuan, tetapi dia yang beroleh kejayaan. sesetengah orang mengatakannya nasib. ada yang mengatakan takdir.

Di dalam bolasepak, ini dipanggil bola itu bulat. main ala samba masih juga tak menang. tapi main bertahan dan serang sekali-sekala, itulah yang menang.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. itu biasa berlaku di mana-mana. kita buat kerja penat-penat, orang lain yang dapat nama. kita buat kerja sungguh-sungguh tapi tidak diberi perhatian atau ganjaran. kalau pun ada, pada takat minima. orang lain pulak yang dilebih-lebihkan. dan biasanya orang lain itu ialah orang yang lebih tinggi kedudukannya dari kita. mungkin juga orang lain itu membuat kerja yang sedikit lebih dari kita.

Itulah yang terjadi kepada orang yang buat hantaran kepada penyerang yang jaringkan gol. yang disorak ialah orang yang sumbat gol, bukan orang yang buat hantaran. yang dicatat namanya untuk anugerah kasut emas ialah orang yang jaringkan gol. orang yang buat hantaran ni anugerah apa pun tak dapat - hatta kasut perak sekalipun.

Adakalanya di dalam hidup ini kita tidak akan selalu berjaya. dan juga tidak akan selalu gagal. tetapi baik berjaya atau gagal, kita tetap memperolehi sesuatu. itulah yang dinamakan pengalaman. pengalaman ini akan menjadikan kita orang yang lebih baik. dan pengalaman inilah yang membantu kita untuk terus hidup. dan pengalaman ini jugalah yang akan membezakan kita dengan orang lain.

Tuesday, October 21, 2008

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Monday, October 20, 2008

Shamsiah Fakeh meninggal dunia - Al Fatihah


20 OKTOBER (SK)- Pejuang Kemerdekaan, Shamsiah Fakeh pagi ini meninggal dunia di kediaman anaknya, Kamarudin. Jenazah Allahyarmah akan diuruskan oleh Surau Al-Hidayah Kucai Enterpreneur’s Park sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Sungai Besi selepas Asar.


Menurut memoirnya (kiri), Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.


Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

Wednesday, October 15, 2008

Harga Petrol Turun


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuatkuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari Selasa.

Harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa.

Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini telah melaraskan harga runcit petrol, masing-masing pada 23 Ogos dan 24 Sept lepas.

Ia merupakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Monday, October 6, 2008

A1 Team Malaysia Ungguli Perlumbaan A1GP

KUALA LUMPUR, 5 Okt - Ia merupakan permulaan musim Kejohanan A1GP yang cukup cemerlang buat pasukan A1 Team Malaysia di Zandvoort, Belanda hari ini apabila Fairuz Fauzy mendominasi perlumbaan Sprint, menggunakan jentera baru A1GP dengan enjin Ferrari untuk memenangi siri pertama perlumbaan musim ini.

Pusingan pembukaan bagi 10 acara siri A1GP berlangsung di litar Belanda hari ini, dan hujan lebat tidak menghalang litar lumba itu dibanjiri peminat sukan permotoran untuk menyaksikan kehebatan Fauzy.Pasukan Malaysian bermula dari grid keempat selepas berjaya mempamerkan prestasi hebat pada sesi kelayakan semalam. Kereta keselamatan digunakan dari permulaan lumba ekoran cuaca buruk, namun bendera hijau bagi memulakan perlumbaan mulai dikibarkan selepas dua pusingan.

Fauzy naik selangkah di hadapan selepas kereta pasukan Ireland terkandas pada awal perlumbaan, namun beliau dipintas oleh pasukan Switzerland selepas beberapa pusingan kemudian.Fauzy kemudian kembali dengan saingan hebat untuk menduduki tempat ketiga di separuh perlumbaan, dan dengan pengalamannya yang luas, beliau berupaya memintas pasukan Belanda untuk berada di tempat kedua kemudiannya.


Dengan berbaki empat pusingan Fauzy kemudiannya terus memburu pendahulu dari New Zwaland, dan berjaya memintasnya dalam satu pergerakan yang cukup cantik, membolehkan beliau menamatkan perlumbaan di tempat pertama."Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Ia merupakan saingan yang amat sengit dan keadaan litar yang cukup sukar hari ini menjadikan ia tambah mencabar untuk memandu kereta baru ini, tapi kami sudah bekerja keras sebagai satu pasukan, sekarang masa untuk meraikannya," katanya.

"Saya berharap kami dapat perolehi lebih banyak kejayaan lagi selepas ini, tapi jika keadaan cuaca berterusan begini ia akan menampilkan cabaran yang bertambah besar untuk semua," tambahnya.Sementara itu Ketua Eksekutif pasukan A1 Team Malaysia Jack Cunningham turut menyuarakan rasa gembira dengan persembahan pasukan itu yang cukup cemerlang dalam perlumbaan hari ini."Setiap anggota memberikan komitmen penuh dalam menyediakan kereta baru itu.

Fairus memandu dengan cukup cemerlang, semasa keadaan cuaca yang tidak banyak membantu. Saya berterima kasih kepada setiap anggota pasukan dan juga rakan kongsi komersil kami yang banyak menyokong," katanya.

SELAMAT HARI RAYA

Maaf Zahir & Batin
1429H

Thursday, September 25, 2008

SEPOSEN...

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak runcit petrol Ron97 dan Ron92 diturunkan sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 dan RM2.30 seliter. Harga diesel pula daripada RM2.50 kepada RM2.40 seliter. Penurunan harga bahan bakar itu berkuat kuasa esok.

(Saja main acah-acah... Diaorang no betul2 tak sekolah)

Tuesday, September 16, 2008

SELAMAT HARI MALAYSIA


Selamat Hari MALAYSIA Ke-45




Sambutan Kali Kedua Selepas disambut yang kali pertama
di Tanah Semenanjung Pada 16 September 1963


Monday, September 15, 2008

Wednesday, August 27, 2008

TAHNIAH!!!


Selamat kembali dan teruskan perjuanganmu....

Harapan Baru Untuk Kami dan Generasi Akan Datang....


Untuk Rakyat Permatang Pauh...
Jasamu Tidak Dapat Dibalas...
Semoga ALLAH Jua Yang membalasnya



KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG
P44:PERMATANG PAUH:
PP:58,459
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 47,356
Peratus/Percentage 81.1 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Undi Tak dikembalikan 98 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

Monday, August 25, 2008

Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat


MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:


  • Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.

  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.

  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra'Bin 'Azib)

  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.

  • Berzikir dengan wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.

  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.

  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.

  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.

  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh."



(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

P.44 Detik 26 Ogos 2008

MARI LAH MARI... PERGI MENGUNDI...
JANGAN LUPA KEWAJIPAN PADA NEGARA!!!!





Thursday, August 21, 2008

Di Ambang Merdeka....

Merdeka! Merdeka! Merdeka!












Wednesday, August 20, 2008

13 Anggota Parlimen Sabah akan sertai Pakatan Rakyat



BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos (Harakah) - Bernama melaporkan Naib Presiden KeADILaan Dato' Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Dato' Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurutnya kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.


"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di sini malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, dua anggota Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.


Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN). - mr_

Selangor umum ahli lembaga pengarah baru Unisel



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pelantikan empat ahli lembaga pengarah baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang dibuat menerusi mesyuarat ahli lembaga pengarah universiti itu berkuat kuasa 14 Ogos lalu.
Mereka ialah Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono, Pengerusi Perunding Bakti Sdn Bhd Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie yang juga bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengerusi Perisai Petroleum Teknologi Bhd Datuk Dr Mohamed Ariffin Aton yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sirim Bhd, dan peguam Faekah Husin. Rosti yang juga Rektor/Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Petronas adalah pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Pengajian Perniagaan dari Henley Management College, Brunel University United Kingdom, sementara Muhamad Zohadie berpengalaman luas dalam bidang akademik sejak 1971 serta pemegang PhD dalam Agriculture/Environmental Systems Engineering dari Cornell University, New York.

Monday, August 18, 2008

PINGAT PERTAMA MALAYSIA OLIMPIK BEIJING



Harapan negara untuk memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik berkubur selepas Chong Wei tewas straight set kepada pemain tuan rumah Lin Dan 21-12, 21-8 dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki.


Chong Wei hanya berjaya meraih pingat perak selepas tidak mampu memberi tentangan kepada pemain nombor satu dunia itu yang begitu bersemangat beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Saturday, August 16, 2008

RAHSIA SOLAT


1) Niat Sembahyang -:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud -:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

10) Tahiyat Akhir -:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam -:
Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:
Akan pertemuan kita dengan Allah.


Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?